awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat perlu bijak tapis maklumat media sosial - Hishammuddin

Bernama
Bernama
17/07/2015
23:34 MYT
Rakyat perlu bijak tapis maklumat media sosial - Hishammuddin
Beliau berkata rakyat diminta agar jangan menyalahgunakan media sosial untuk kepentingan peribadi dan politik masing-masing
Tapisan dalaman daripada rakyat sendiri sangat diperlukan untuk menangani cabaran ledakan maklumat tidak sahih dalam media sosial pada masa ini yang boleh menggugat keharmonian negara, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Beliau berkata sekatan undang-undang sahaja tidak mencukupi dalam menangani masalah itu.
Sebaliknya ia juga menuntut penglibatan rakyat dalam mengenal pasti kesahihan maklumat yang diperoleh menerusi media sosial, katanya.
"Saya tengok hari ini apa yang dikeluarkan dalam media sosial tiada pertimbangan iaitu tidak sensitif dengan isu agama dan kaum sehingga mencetuskan politik kebencian," katanya kepada pemberita semasa Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di sini, pada Jumaat.
Beliau berkata di negara barat contohnya, rakyat mereka sendiri menolak isu yang menyentuh hal peribadi, perkauman dan budaya yang disebar menerusi media sosial yang boleh mencetuskan perpecahan dalam kalangan masyarakat mereka.
"Jadi saya harap di Malaysia juga akan jadi kenyataan seperti ini. Jikalau tidak masyarakat kita akan berpecah-belah kerana tindakan media sosial ini," katanya.
Sementara itu Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata media sosial sepatutnya dijadikan platform positif dalam mengukuhkan hubungan sesama rakyat.
Beliau berkata rakyat diminta agar jangan menyalahgunakan media sosial untuk kepentingan peribadi dan politik masing-masing kerana ini boleh menghancurkan imej negara.
"Apa yang berlaku sekarang mungkin sebahagian daripada mereka yang tidak bertanggungjawab dan mengambil kesempatan mahu melihat kekecohan berlaku dalam negara.
"Oleh itu sesiapa yang menyalahgunakan media sosial akan dikenakan tindakan yang berat," katanya.
Topic Berkaitan
#Ahmad Shabery Cheek
#Hishammuddin Hussein
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan