Rakyat Malaysia perlu menolak semua tindakan ekstrem dan perpecahan sesama kaum bagi mengekalkan kemakmuran negara, kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata perpaduan dan keharmonian yang dinikmati sekarang adalah hasil usaha gigih pemimpin serta pejuang kemerdekaan, dan rakyat amat bertuah kerana dapat hidup harmoni walaupun terdiri daripada pelbagai kaum.
"Sama-samalah kita bersyukur dan hargai keamanan serta nilai-nilai murni yang dikongsi bersama dengan menjiwai semangat 1Malaysia," katanya dalam kenyataan sempena Hari Raya 2014 di sini.
Liow berkata dalam keseronokan meraikan Syawal bersama sanak-saudara dan rakan taulan, rakyat negara ini harus mengenang warga Malaysia yang lain serta mereka yang terkorban dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dan MH17.
"Sejajar dengan pesanan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kita harus bersatu dalam menghadapi situasi ini serta segala cabaran yang mendatang, katanya.
Penerbangan MH370 hilang pada 8 Mac lalu semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal, manakala MH17 pula terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai dan mengorbankan semua 298 penumpang serta anak kapal.
Pesawat itu yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dipercayai ditembak jatuh.
Dalam pada itu, Liow yang juga Menteri Pengangkutan mengingatkan pengguna jalan raya agar berhemah serta bersopan santun, tidak kira sama ada ketika berada di jalan raya atau tidak.
"Ingatlah, biar lambat asal selamat. Jika berasa letih memandu, rehatlah seketika.
"Bersama-samalah kita sentiasa berwaspada agar selamat sampai ke destinasi masing-masing, bersesuaian dengan tema kempen keselamatan jalan raya tahun ini, iaitu 'Nyawa Dihargai, Keluarga Menanti, Selamat ke Destinasi'," katanya.
Bernama
Mon Jul 28 2014
Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Saya amat bersyukur - Zahid ulas keputusan Mahkamah Rayuan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan beliau dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN).
AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kabinet setuju bentuk jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam
Kabinet secara prinsip bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam.
AWANI Ringkas: Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk ke AGC
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amaran hujan berterusan di lima negeri hingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri hingga esok.
Bajet 2016: Gaji minimum naik untuk kurang pergantungan kepada pekerja asing
Dalam Bajet 2016, kerajaan menggariskan gaji minimum untuk pekerja sektor swasta di Semenanjung dinaikkan kepada RM1,000 sebulan, dan bagi mereka di Sabah, Sarawak dan Labuan naik kepada RM920.
Pengisytiharan MH370 satu kemalangan mengikut ketetapan ICAO - Liow
Hakikat pesawat itu tidak mendarat di mana-mana lapangan terbang dan tidak sampai ke destinasi dan misi mencari tidak mencapai matlamatnya, menjadi faktor insiden itu dianggap sebagai satu kemalangan.