awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
2,500 pertubuhan belia disasar mohon Geran SejaTi MADANI
Rundingan dengan AS hanya berjaya jika hak rakyat Iran dihormati - Araghchi
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat puas hati cara kerajaan tangani COVID-19 - Kajian

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
02/09/2020
05:44 MYT
Rakyat puas hati cara kerajaan tangani COVID-19 - Kajian
Antara Julai 2019 hingga Februari 2020, hanya satu per empat rakyat Malaysia berpendapat negara ini bergerak di landasan yang betul. - Gambar BERNAMA
Sejumlah 93 peratus daripada 3,415 responden berpuas hati dengan cara kerajaan menguruskan pandemik COVID-19.
Berdasarkan dapatan kajian Merdeka Center pada Mei 2020, sebanyak 91 peratus daripada responden berpuas hati dan ia meningkat dua peratus dalam kajian yang dilakukan bermula 15 Julai hingga 10 Ogos itu.
Selain itu, 68 peratus daripada mereka bersetuju kerajaan benar-benar membantu mereka yang memerlukan semasa negara berdepan pandemik itu.
Manakala 61 peratus daripadanya bersetuju dengan cara kerajaan menguruskan ekonomi semasa negara dalam keadaan sukar angkara virus tersebut.
Sementara itu, sebanyak 51 peratus daripada responden merasakan Malaysia kini menuju ke arah yang betul.
Sebanyak 26 peratus daripadanya berpendapat pentadbiran yang baik menyumbang kepada keadaan itu selain 21 peratus pula merasakan ketrampilan kepimpinan negara menjadi faktor utama.
Sementara itu, 34 peratus responden merasakan negara berada di landasan yang salah, 31 peratus kecewa dengan ketidakstabilan politik dalam negara dan 17 peratus responden mengadu berkaitan masalah ekonomi dalam negara.
Pada masa sama, persepsi terhadap prestasi pemerintah dalam memerangi rasuah turun lima peratus dalam tempoh tiga bulan, daripada 43 peratus kepada 38 peratus.
Malaysia mula diserang COVID-19 sejak awal tahun ini, dan pada Selasa, sebanyak 14 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan membabitkan sembilan kes penularan dalam negara dan lima import.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di negara ini meningkat kepada 9,354 kes.
BACA ARTIKEL BERHUBUNG COVID-19 DI SINI
Sebelum ini, Dr Noor Hisham berkata, daripada sembilan penularan dalam negara, dua kes dilaporkan daripada Kluster Tawar dan Kluster Telaga, manakala tiga kes membabitkan kluster baharu dikenali sebagai Kluster Benteng Lahad Datu.
Menurutnya, satu kematian dilaporkan dalam Kluster Tawar di negeri Kedah menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 128 kes bersamaan 1.37 peratus daripada keseluruhan kes.
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#ekonomi
#Kedah
#kerajaan
#kes positif
#kesihatan
#koronavirus
#Malaysia
#Merdeka
#Noor Hisham Abdullah
#pandemik
#politik
#rakyat
#rakyat Malaysia
#Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan