Sarawak akan memberikan topeng muka percuma kepada seluruh rakyat negeri itu.

Menurut Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, pihaknya telah memesan dua juta topeng muka terus ke Sarawak.

Menurutnya, topeng muka percuma itu akan diagihkan ke seluruh negeri termasuk di luar bandar menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak.

"Kita sudah memesan dua juta topeng muka dan akan sampai langsung ke Sarawak. Ia mungkin melibatkan kos di antara RM2 juta ke RM3 juta.

"Topeng muka ini akan diberikan percuma kepada rakyat Sarawak menerusi JPBN Sarawak sebelum diagihkan kepada pegawai daerah dan pejabat residen," katanya.

Beliau berkatan demikian pada sidang media Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang di Wisma Bapa Malaysia.

Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang itu memperuntukkan RM1.154 juta bagi memangkin ekonomi.