awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Sarawak dibenar rentas daerah tanpa ujian RT-PCR mulai esok

Bernama
Bernama
13/09/2021
14:17 MYT
Rakyat Sarawak dibenar rentas daerah tanpa ujian RT-PCR mulai esok
Berkuat kuasa esok, rakyat Sarawak dibenarkan merentas daerah tanpa perlu menjalani ujian RT-PCR atau RTK-Antigen bagi pengesanan COVID-19 kecuali untuk bahagian Bintulu. - Gambar fail/BERNAMA
KUCHING: Berkuat kuasa esok, rakyat Sarawak dibenarkan merentas daerah tanpa perlu menjalani ujian RT-PCR atau RTK-Antigen bagi pengesanan COVID-19 kecuali untuk bahagian Bintulu.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pergerakan rentas daerah itu bagaimanapun masih perlu memperoleh permit daripada pihak polis.
Hari ini, Sarawak merekodkan 3,522 jangkitan baharu COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 160,320 kes manakala lima kematian direkodkan menjadikan angka korban akibat wabak itu kini mencecah 630 orang.
Kenyataan JPBN menyebut berdasarkan laporan jujukan genom penuh ke atas sampel positif di kesemua 12 bahagian di Sarawak, hampir 100 peratus adalah varian Delta.
"Ini bermakna varian Delta telah merebak ke seluruh Sarawak dan perkara itu disahkan sendiri oleh Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti Universiti Malaysia Sarawak Profesor Dr David Perera," menurut kenyataan itu.
JPBN turut mengisytiharkan enam kluster baharu iaitu Kluster Sungai Kerubong di Sarikei, Kluster Sungai Sujan Mapok di Sebauh), Kluster Sungai Dabai di Pakan, Kluster Andi Liam di Beluru, Kluster Pulau Brunei di Limbang dan Kluster Tinwar Keleku di Subis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sarawak
#rentas daerah
#Ujian rT-PCR
#RTK-Antigen
#COVID-19
#JBPN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan