KUALA LUMPUR: Demi kasihnya kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Muhammad Reezuan Wahid sanggup meredah kedinginan pagi dari Melaka ke Jalan Parlimen di sini, semata-mata untuk mengucapkan selamat tinggal kepada pasangan diraja itu.
Biarpun hanya menunggang motosikal dan perlu mengharungi perjalanan kira-kira 150 kilometer, keadaan itu tidak menghalang Muhammad Reezuan, 39, dari Banda Hilir, Melaka, untuk menyaksikan sendiri peristiwa bersejarah keberangkatan balik Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah ke Pahang.
Muhammad Reezuan antara ribuan rakyat yang setia menanti Seri Paduka berdua seawal 6.30 pagi, untuk menjadi sebahagian daripada pasukan pelambai di bahu laluan Jalan Parlimen sehingga Bulatan Dato' Onn.
"Berat hati dan rasa sedih sebab kehilangan seorang Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri yang sangat prihatin kepada rakyat dan negara," katanya yang menyanjungi kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah sepanjang tempoh lima tahun pemerintahan Seri Paduka.
Al-Sultan Abdullah juga, katanya telah menunjukkan kewibawaan serta kebijaksanaan sebagai payung negara dengan menyelesaikan banyak masalah termasuk kemelut politik demi menjaga kebajikan rakyat dan negara.
Bagaimanapun, pada masa sama, Muhammad Reezuan turut meluahkan rasa teruja untuk menyaksikan Istiadat Keberangkatan Tiba Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-17 bermula esok.
Suasana sepanjang jalan itu turut meriah dengan laungan "Daulat Tuanku" selain Jalur Gemilang dikibarkan bagi mengiringi keberangkatan balik Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah.
Nived Kollanthara dari Amerika Syarikat turut tidak melepaskan peluang bersama-sama orang ramai menyaksikan istiadat keberangkatan balik itu yang merupakan pengalaman baharu buat dirinya.
"Saya baru menyelami budaya negara ini dan ia amat hebat dari segi sejarah dan sebagainya, kemudian, saya dapat tahu istiadat ini berlangsung, jadi saya datang dan menyaksikan sendiri istiadat ini," kata pemuda berusia 27 tahun yang kini dalam lawatan kerja di negara ini.
Sementara itu, di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, dua pelajar pelajar Politeknik Nilai, Muhammad Adam Mohd Hairi, 20, dan Nur Azmina Qistina Mat Rashid, 21, turut sayu dengan keberangkatan balik Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah.
"Peluang untuk menghantar dan bersemuka dengan Seri Paduka berdua hari ini mungkin sekali seumur hidup tetapi saya berharap dapat sekali lagi bertemu dan bersalam dengan Tuanku. Kemesraan dan kebaikan yang ditunjukkan Al-Sultan Abdullah terus menjadi kenangan manis untuk rakyat," kata mereka.
Muhammad Adam yang juga pelajar Diploma Teknologi Hortikultur dan Landskap berkata Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah akan sentiasa dikenang sebagai raja di hati rakyat.
Al-Sultan Abdullah melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Jan 2019, menamatkan tempoh pemerintahan hari ini dan digantikan oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 30 2024
Suasana sepanjang jalan itu turut meriah dengan laungan "Daulat Tuanku" selain Jalur Gemilang dikibarkan bagi mengiringi keberangkatan balik Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah. - Gambar Astro AWANI/Shahir Omar
Akta Laut Wilayah masih sah, terpakai termasuk di Terengganu - PMO
Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) masih sah dan terpakai di seluruh Malaysia termasuk di Terengganu, walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu membuat keputusan menolak pemakaiannya.
Yakeb sasar 1,000 bekas atlet baharu tahun ini
Yakeb menyasarkan seramai 1,000 bekas atlet dapat berdaftar di bawah yayasan itu sepanjang tahun ini. Yayasan Kebajikan Atlet K
Pulau Pinang mahu perbanyak kedai makan mesra muslim
Kerajaan Pulau Pinang berhasrat memperbanyakkan kemudahan terutama kedai makan mesra Muslim bagi memperkasakan lagi industri pelancongan di negeri ini.
Tiga firma semikonduktor mahu labur AS$100 juta di Pulau Pinang - Chow
Syarikat berkenaan adalah China Wafer Level CSP Co (WLCSP), Ningbo SJ Electronics Co (SJE) dan Wuxi AMTE Inc (AMTE).
Johor pastikan masalah bekalan air ketika perayaan tidak berulang
Kerajaan negeri akan berusaha memastikan sifar masalah bekalan air pada hari raya tahun hadapan dengan beberapa langkah telah diambil.
41 kes kebakaran terbuka di Gua Musang sejak Februari - Bomba
Aktiviti pembakaran terutamanya di kebun, ladang dan hutan perlu dielakkan ketika musim panas ini.
Runtuhan bangunan di Gaza akan ambil masa 14 tahun untuk dialihkan - Pegawai PBB
Serangan Israel telah meninggalkan runtuhan yang dianggarkan seberat 37 juta tan dalam satu wilayah yang padat dengan penduduk.
Fokus Minggu Depan: Gelanggang PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Ikuti kupasan Timbalan Ketua (Strategi), Ibu Pejabat Asia UNSDSN, Universiti Sunway, Prof. Wong Chin Huat mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu yang bermula seusai proses penamaan calon pada Sabtu.
Wanita lintas jalan hingga akibatkan kemalangan direman
Seorang wanita berusia 35 tahun yan melintas jalan sehingga mengakibatkan berlakunya kemalangan maut di KM98.6 LPT 1 direman dua hari.
MINDEF sedia dapatkan khidmat pakar luar negara jika perlu
Kementerian Pertahanan sedia mendapatkan khidmat pakar dari luar negara jika diperlukan untuk membantu siasatan nahas dua helikopter TLDM yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya.
Rakyat sedih lepaskan Al-Sultan Abdullah, teruja nantikan ketibaan Agong baharu
Muhammad Reezuan Wahid sanggup meredah kedinginan pagi dari Melaka ke Jalan Parlimen, semata-mata untuk mengucapkan selamat tinggal kepada pasangan diraja itu.
Agong masih terkenang-kenang Kembara Kenali Borneo
Lagu Bekikis Bulu Betis dan Hanya di Sabah masih menjadi siulan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Al-Sultan Abdullah zahir rasa syukur atas sokongan keluarga
Al-Sultan Abdullah hari ini menzahirkan rasa syukur dan ucapan terima kasih atas sokongan yang diberikan keluarganya sepanjang lima tahun menjawat jawatan tertinggi negara itu.
Raja Zarith berkongsi kenangan manis Krismas dan persahabatan
Baginda bertitah, kenangan manis mengenai Krismas sering kembali mengusik jiwanya setiap kali baginda menjejakkan kakinya di England.
Obama terharu dengan layanan baik dan kemesraan Malaysia
Presiden AS Barack Obama amat terharu dengan layanan istimewa yang beliau terima daripada Malaysia semasa lawatannya ke negara ini.