Rakyat negara ini disifatkan sudah tidak lagi peduli dan memberi sokongan kepada masa depan syarikat pengeluar kereta pertama negara, Proton Holdings Berhad (PROTON).
Penasihat PROTON, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, itu menjadi salah satu punca kegagalan PROTON bersaing dengan syarikat kereta lain termasuk dari Perodua.
``Pelanggan tidak peduli apa jadi kepada negara. Mereka hendak harga yang murah dan barangan terbaik dan kita dapati sekarang pun sukar bertanding dengan Perodua.
``Perodua bukan mengeluarkan kereta tempatan, mereka mengeluarkan kereta Jepun yang dipasang di Malaysia,'' katanya.
Tun Dr. Mahathir berkata demikian ketika ditemui di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) di sini hari ini.
PROTON yang ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak RM150 juta merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia.
Penubuhannya merupakan gagasan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir untuk mencapai aspirasi negara perindustrian.
Jelas Tun Dr. Mahathir, rakyat turut dilihat tidak memperdulikan pembangunan kereta PROTON selain sanggup membiarkan industri itu mati.
``PROTON dari A sehingga Z cuba bangunkan industri tempatan. Malangnya pelanggan kita tidak peduli kalau industri ini mati.
``Mereka lebih mengutamakan harga, jenama yang terkenal, jenama asing dan itu membuatkan kita sukar melawan...namun kita cuba juga,'' katanya.
Penguasaan pasaran kereta nasional iaitu Perodua dan PROTON mengecil kepada 48 peratus setakat suku pertama 2014 disebabkan ketiadaan model-model baru yang mampu memberi impak kepada pasaran.
Pada tahun lalu, PROTON dan Perodua menguasai 51.1 peratus pasaran kereta tempatan, sementara 2012 pula sebanyak 53.3 peratus.
Jualan PROTON juga hanya 32,734 pada suku pertama tahun ini berbanding 34,343 tempoh sama tahun lalu.
Terdahulu, Tun Dr. Mahathir melancarkan penerbitan `A Un Chronicle' hasil tulisan Bekas Presiden Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) sejak 1989 sehingga 1990, Tan Sri Razali Ismail.
Buku itu mengisahkan suka duka Razali semasa menjadi diplomat negara sepanjang kariernya berkhidmat di persada antarabangsa.
Ia turut mengandungi catatan pengalaman Razali yang pernah menjadi pengerusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari 1996 hingga 1997.
Wan Syamsul Amly
Wed Apr 30 2014
Tun Dr. Mahathir Mohamad - Gambar Fail
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
AWANI Tonight: Astro's turnaround, new TV packs, and Premier League rights
Astro Malaysia Holdings Bhd reported a net profit of RM46.94 million for Q3 2024, introduced new TV packs, and renewed Premier League and FA Cup broadcasting rights through 2028.
AWANI Tonight: Govt probes alleged mishandling of deceased baby’s body
The Health Ministry has launched an investigation into the claim that a private hospital stored a newborn’s body in a freezer for two weeks, due to the father’s inability to pay the medical bills.
Perodua mahu hasilkan 500 unit eMO-II sebulan, sasar EV termurah
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata model EV ini dijangka dijual pada harga antara RM50,000 dan RM90,000 seunit.
Polis tahan lelaki terlibat kemalangan kereta yang tular di laman sosial
Seorang lelaki disyaki terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kereta di Taman Sungkai Perdana, Sungkai, yang tular di laman sosial baru-baru ini telah ditahan polis hari ini.
Dua individu termasuk remaja bawah umur mengaku tidak bersalah lakukan khianat
Dua individu termasuk seorang remaja bawah umur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana melakukan perbuatan khianat menggunakan api bulan lepas.
Wanita maut, dua cedera parah kemalangan babitkan tiga kereta
Seorang wanita maut manakala dua penumpang kereta dipandunya cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga kereta berhampiran sebuah kedai keropok losong di Jalan Kadok, Ketereh.
JPJ panggil semula 3,722 kereta Perodua Alza, Aruz, motosikal Honda CB350RS
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memanggil semula 3,722 kenderaan melibatkan kereta Perodua Alza dan Aruz serta motosikal Honda CB350R.
MITI bantu Perodua keluarkan EV pertama Malaysia berharga bawah RM100,000
MITI akan membantu Perusahaan Otomobil Bawah Sdn Bhd (Perodua) mengeluarkan kenderaan elektrik (EV) pertama di Malaysia berharga di bawah RM100,000.
12 cedera dua kereta bertembung di Jengka
Sebanyak 12 individu termasuk empat kanak-kanak cedera selepas dua kereta bertembung di Jalan Felda Jengka 4 menghala Maran hari ini.
Polis tahan pengangggur, rampas lebih 60 kg bernilai RM203,632
Polis menahan seorang penganggur dan merampas ganja seberat 65.6 kilogram (kg) dianggar bernilai RM203,632 dalam dua serbuan di kondominium di Cheras dan Segambut, Khamis lepas.
Model Perodua, Toyota di Malaysia patuhi piawaian keselamatan - Loke
Perkara itu disahkan berdasarkan semakan serta penelitian JPJ ke atas setiap data dan keputusan pengujian semula ke atas enam model Perodua serta tiga model Toyota.
Perodua pamer prototaip EV pertama di Malaysia Autoshow 2024
Perodua mengorak langkah dalam pembangunan teknologi elektriknya dengan memperkenalkan prototaip kenderaan elektrik (EV) pertamanya, Myvi Conversion.