awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat utamakan kesihatan, tolak sentimen politik - Polis Melaka

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
22/11/2021
03:54 MYT
Rakyat utamakan kesihatan, tolak sentimen politik - Polis Melaka
ABDUL MAJID: Penguatkuasaan undang-undang dan penegasan SOP yang dilakukan pasukan polis adalah sebahagian proses menyuburkan demokrasi dan bukan menghalang demokrasi. - Astro AWANI
AYER KEROH: Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka membawa mesej jelas bahawa rakyat lebih mementingkan keselamatan dan kesihatan awam berbanding kepentingan politik, kata Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Majid Mohd Ali.
Ia susulan tiada sebarang insiden menggugat ketenteraman awam yang dikesan pihak polis sejak hari berkempen selain hanya kompaun terhadap parti politik yang melanggar prosedur operasi standard (SOP).
“Pilihan raya ini adalah yang pertama dan menjadi bukti rakyat Melaka mendahului keselamatan dan kesihatan awam serta undang-undang mengatasi sentimen politik.
“Sebab itu saya boleh katakan rakyat Melaka matang. Apa yang saya hendak tegaskan, penguatkuasaan undang-undang dan penegasan SOP yang dilakukan pasukan polis ini adalah sebahagian proses menyuburkan demokrasi dan bukan menghalang demokrasi.
“Tetapi apa yang penting PRN ini kita telah mencapai matlamat iaitu kita berjaya mengawal semua keselamatan awam terutamanya pada hari pengundian,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka pada Isnin.
Dalam pada itu ujarnya sepanjang tempoh berkempen sejak 8 hingga 19 November lalu, sebanyak 37 kertas siasatan dibuka dan 19 daripadanya disiasat dibawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Katanya, 18 lagi kertas siasatan dibuka dibawah Akta Kesalahan Pilihan Raya (1954) dan sebanyak sembilan kompaun juga telah dikeluarkan.
“Sepanjang tempoh berkempen, mengundi dan pengumuman parti-parti kita jangka banyak insiden berlaku tetapi kali ini tiada satu pun insiden yang gugat ketenteraman awam.
“Jadi sembilan kompaun dikeluarkan itu membabitkan nilai RM120,000 kepada semua parti politik kecuali calon Bebas sahaja,” tambahnya.
PRN Melaka menyaksikan BN memenangi 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Perikatan Nasional (PN) dua kerusi dan Pakatan Harapan (PH) lima kerusi.
Topic Berkaitan
#PRN Melaka
#polis
#rakyat melaka
#kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan