awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ramadan di Mosul, Iraq... Karakternya sangat menawan!

Agensi
Agensi
16/04/2023
13:58 MYT
Ramadan di Mosul, Iraq... Karakternya sangat menawan!
Orang ramai membeli-belah di pasar Bab al-Saray di Mosul lama pada 5 April 2023. - Gambar Ismael Adnan/Facebook Al Jazeera English
DI BANDAR utara Iraq ini, Ramadan dikatakan mempunyai rasa yang berbeza dari tempat lain di negara itu.
Beberapa hari sebelum permulaan Ramadan, orang ramai mula pergi ke pasar untuk melakukan persiapan. Antara lokasi utama ialah di Bab al-Saray, Mosul.
Muhammad Ghanem, 42, memiliki kedai rempah ratus di pasar al-Attarin di Bab al-Saray. Jual beli berjalan rancak pada bulan Ramadan kerana orang ramai bersiap sedia untuk menjamu keluarga besar, katanya kepada portal berita Al Jazeera.
Kanak-kanak membawa pelita di bandar lama Mosul pada 22 Mac 2023, untuk menyambut permulaan Ramadan. - Gambar Ismael Adnan/Facebook Al Jazeera English
Kanak-kanak membawa pelita di bandar lama Mosul pada 22 Mac 2023, untuk menyambut permulaan Ramadan. - Gambar Ismael Adnan/Facebook Al Jazeera English
“Perkara lain mengenai pasar ini yang menarik minat orang ramai adalah mereka boleh mendapatkan semua yang mereka perlukan di sini, termasuk pakaian, makanan, barangan rumah dan segala-galanya dengan harga murah berbanding pasar lain. Malah mereka dari bandar lain juga datang ke pasar ini untuk membeli-belah pada bulan Ramadan.”
Keistimewaan pasar Ramadan ini ialah jus kismis, dibuat dengan kismis terbaik dari pergunungan wilayah Kurdish Iraq serta pudina segar.
Masaharati atau al-masharaji dalam dialek Iraq, adalah satu lagi ciri khas pada bulan puasa.
Tradisi ini hanya diamalkan semasa Ramadan, di mana seorang lelaki berjalan melalui lorong-lorong sambil memukul gendangnya, memanggil orang ramai untuk bangun dan bersahur.
Masaharati juga menjadi tradisi di banyak negara Islam lain pada Ramadan.
Seorang lelaki muda berpakaian tradisional mengedarkan gula-gula kepada orang ramai di halaman Hammam al-Manqousha sementara hakawati bercerita kepada penonton di Mosul lama, Iraq. - Gambar Ismael Adnan/ Facebook Al Jazeera English
Seorang lelaki muda berpakaian tradisional mengedarkan gula-gula kepada orang ramai di halaman Hammam al-Manqousha sementara hakawati bercerita kepada penonton di Mosul lama, Iraq. - Gambar Ismael Adnan/ Facebook Al Jazeera English
Satu lagi tradisi penduduk Mosul ialah hakawati, atau pencerita, yang pertama kali muncul semasa era Uthmaniyyah, duduk di tempat awam untuk bercerita kepada orang yang lalu-lalang.
Dia menceritakan kisah lama yang didengari daripada ibu bapa atau datuk dan neneknya, atau cerita yang ditulis seseorang, atau cerita yang ditulisnya sendiri, tetapi semua cerita memberi pengajaran tentang kebijaksanaan dan pengajaran hidup.
Indah bukan Ramadan di negara luar. Inilah keistimewaan masyarakat di seluruh dunia, masing-masing memiliki ciri-ciri dan identiti mereka yang tersendiri.
Ramadan tahun ini hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita lalui, semoga diberi peluang dan rezeki untuk bertemu bulan penuh keberkatan itu pada tahun hadapan Insya-Allah.
Ikuti artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#Puasa 2023
#Mosul
#Iraq
#Masaharati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan