Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan kepada pihak yang terlibat dalam perniagaan makanan secara dalam talian (online) supaya sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan mematuhi garis panduan yang dikeluarkan KKM.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia termasuk pengusaha, pengendali makanan dan penghantar makanan bagi memastikan makanan yang disediakan kepada pengguna adalah selamat.
Dr Noor Hisham juga menasihati mereka untuk sentiasa mengamalkan jarak sosial yang selamat (social distancing) semasa penghantaran makanan.
“Pada 2019, terdapat sebanyak 516 kejadian keracunan makanan yang melibatkan 16,583 kes berpunca dari pengendalian makanan yang tidak bersih dan selamat.
BACA: COVID-19: Malaysia catat satu lagi kematian, 88 kes positif baharu
“Daripada jumlah keseluruhan tersebut, sebanyak 34 kejadian keracunan makanan telah berlaku pada bulan Ramadan 2019 yang melibatkan 1,032 kes.
“Sehubungan itu, orang ramai hendaklah sentiasa memastikan keselamatan makanan semasa membeli atau menyediakan makanan untuk diri sendiri dan ahli keluarga,” katanya dalam sidang media harian di sini pada Jumaat.
Tambahnya, orang ramai juga dinasihati supaya sentiasa mengamalkan kebersihan dalam penyediaan makanan di rumah bagi mengelakkan keracunan makanan.
“Sentiasa amalkan konsep “Lihat, Hidu, dan Rasa” semasa bulan Ramadan sebelum menikmati juadah berbuka dan bersahur, untuk memastikan makanan tersebut selamat dimakan,” tambahnya.
Dalam perkembangan yang lain, beliau mengesahkan terdapat satu lagi kes kematian akibat COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia sebanyak 96 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat 12 tengah hari Jumaat terdapat 88 kes positif baharu, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di negara ini 5,691 kes.
“KKM akan terus memantau perkembangan kejadian COVID-19 melalui segala maklumat yang diperolehi dan akan dimaklumkan kepada rakyat dari semasa ke semasa,” katanya.
Isabelle Leong
Fri Apr 24 2020

DR NOOR HISHAM: Sebanyak 34 kejadian keracunan makanan telah berlaku pada bulan Ramadan 2019 yang melibatkan 1,032 kes. - gambar fail

AWANI Ringkas: PKP 2.0: Kerajaan rugi RM 600 juta | Kelantan laksana HSO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (6:00AM).

Trump ucap selamat kepada pentadbiran baharu AS, bangga pencapaian selama memerintah
Dalam video ucapan akhir itu, Trump yang merupakan Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-45 berharap negara akan kekal makmur di bawah pentadbiran baharu.
![[LAPOR LANGSUNG] Menjelang majlis angkat sumpah Biden-Harris [LAPOR LANGSUNG] Menjelang majlis angkat sumpah Biden-Harris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81611095461_BidenHarris.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Menjelang majlis angkat sumpah Biden-Harris
Joe Biden bakal mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-46 hari ini.

Maszlee lancar kempen #SimpangMembaca
Sejumlah 3,000 beg dan bahan-bahan seperti buku cerita, buku mewarna dan pensel warna telah siap disusun dan sedia untuk diedarkan ke seluruh Simpang Renggam.

Muhammad Ehsan yang lemas di New Zealand selamat dikebumikan
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada ahli keluarga Allahyarham yang berada di Malaysia.

Timbalan KM Sarawak mahu tembok, pagar dibina di sempadan Malaysia-Indonesia
Dr James Jemut mahu tembok dibina di kawasan strategik sepanjang sempadan Malaysia-Indonesia untuk mengekang kemasukan pendatang asing.

Cadangan guna keputusan percubaan SPM kurang sesuai - NUTP
Saranan menggunakan keputusan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi menggantikan peperiksaan sebenar dilihat kurang sesuai.

COVID-19: Pelajar wanita dari Malaysia antara kes bergejala import di Singapura
Dilabel sebagai kes 59422, pemegang pas pelajar itu tiba di Singapura dari negara asalnya, menurut kementerian berkenaan dalam data penuh yang dikeluarkan di sini.

FAM akan segerakan gerak kerja untuk skuad kebangsaan jalani latihan pusat
FAM menyambut baik keputusan KBS membenarkan pasukan negara menjalani kem latihan pusat.

KPDNHEP akan kaji kenaikan harga minyak masak botol
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melihat kepada kenaikan harga minyak masak botol 5 kilogram (kg) sebelum mengkaji kesesuaiannya.

COVID-19: Pelajar wanita dari Malaysia antara kes bergejala import di Singapura
Dilabel sebagai kes 59422, pemegang pas pelajar itu tiba di Singapura dari negara asalnya, menurut kementerian berkenaan dalam data penuh yang dikeluarkan di sini.

48 disaring selepas jurufoto JSJ IPD Sibu positif COVID-19
Seramai 48 pegawai, anggota dan kakitangan awam Balai Polis Sentral Sibu disaring hari ini selepas seorang jurufoto JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu didapati positif COVID-19.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

"Antara hidup dan mati.." Imam Abdul Karim Omar kongsi keperitan COVID-19
Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sheikh Abdul Karim Omar berkongsi detik menginsafkan selepas disahkan positif COVID-19.

Proklamasi Darurat bantu pemulihan ekonomi - Tengku Zafrul
Dakwaan yang mengatakan Proklamasi Darurat menakutkan golongan pelabur adalah tidak tepat, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

COVID-19: Setiausaha Kesihatan Britain kuarantin diri, dikhuatiri ada kontak rapat
Beliau bertindak selepas mendapat notifikasi daripada aplikasi pengesanan kontak nasional bahawa beliau merupakan kontak rapat dengan kes positif COVID-19.

Dakwaan wanita, anak dijangkiti COVID-19 kerana kekhilafan KKM disiasat - Dr Noor Hisham
KKM sedang menjalankan siasatan mengenai dakwaan seorang wanita yang mendakwa kekhilafan kementerian itu sehingga menyebabkan dia dan anaknya dijangkiti COVID-19 daripadanya suaminya.

Ahmad Said dan isteri positif COVID-19
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said serta isterinya, Toh Puan Seri Norliza Mahmud disahkan positif COVID-19.

Majikan tanggung kos saringan COVID-19 dapat potongan cukai berganda
Majikan yang menanggung kos saringan COVID-19 akan mendapat potongan cukai berganda bagi bayaran kos saringan pekerja yang dibuat sepanjang tahun ini, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul.