awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ramai ragui SPR: Anwar Ibrahim

Sinar Harian
Sinar Harian
13/04/2018
09:39 MYT
Ramai ragui SPR: Anwar Ibrahim
Anwar berkata, beberapa keputusan SPR mutakhir ini mengesahkan keraguan ramai terhadap ketelusan, kebebasan dan keadilan badan berkenaan.
Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan kesediaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengendalikan PRU14 dengan bebas, jujur dan adil.
Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Harapan berkata, beberapa keputusan SPR mutakhir ini mengesahkan keraguan ramai terhadap ketelusan, kebebasan dan keadilan badan berkenaan.
"Perkara pertama apabila SPR menetapkan hari mengundi pada hari Rabu. Ia nyata adalah percubaan menghindari pengundi terutama pekerja di daerah berjauhan untuk pulang mengundi," katanya melalui satu kenyataan.
Perkara kedua pula menurutnya, tempoh kempen selama 11 hari yang ditetapkan untuk PRU14 antara tempoh berkempen terpendek di dunia.
"Sedangkan UMNO-BN (Barisan Nasional) diizin berkempen sejak awal, menggunakan media termasuk media rasmi kerajaan," katanya.
Selain itu, Anwar berkata, senarai pengundi digunakan terbatas hingga 2017.
"Dengan segala kecanggihan teknologi dan dana RM500 juta yang diperuntukkan kepada SPR, apakah masalahnya menggunakan senarai hingga Mac 2018?
"Ramai anak muda mendaftar awal tahun ini. Apakah muslihat menafikan hak pengundi yang mendaftar di awal tahun 2018?" soalnya.
Tambah Anwar, negara-negara yang diundang sebagai pemerhati harus terdiri daripada negara yang terkenal mengendali pilihan raya yang jujur dan adil seperti India, Indonesia, Turki dan Filipina.
"Perlu saya tegaskan kepada SPR bahawa rakyat sedang memerhati tindak-tanduk mereka.
"Media sosial akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk memantau dan menilai kerja mereka," katanya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Pakatan Harapan
#pilihan raya umum
#PRU14
#SPR
#tempoh kempen PRU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan