KUALA LUMPUR: Orang ramai perlu menyedari tanggungjawab besar yang digalas untuk menang dalam peperangan melawan COVID-19.
Namun melaksanakan tanggungjawab itu tidak mudah jika mereka tidak melihat diri sendiri dan berhenti menyalahkan orang lain.
Menerusi satu entri di Facebook, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi luahan Pakar Perunding Perubatan Kecemasan & Trauma, Dr Alzamani Mohammad Idrose yang mahu seluruh anggota masyarakat memegang erat peranan masing-masing, sekaligus memastikan misi itu berjaya.
"Kita perlu berubah 180 darjah untuk memenangi perang ini. Kami tahu semua rahsia yang anda simpan kerana terbongkar di hospital - ziarah senyap-senyap, makan dekat-dekat, berhimpun senyap-senyap, berjemaah rapat-rapat secara senyap-senyap.
"Yang senyap-senyap inilah menyebabkan angka senyap-senyap naik. Sebaliknya, yang dalam senyap mematuhi SOP dengan sempurna adalah wira sebenar yang tak didendang. Anda sendiri sahaja yang tahu dalam kumpulan mana anda tergolong," katanya.
Lebih mengecewakan, apabila ada sesetengah pihak yang hanya tahu bercakap dan mengarah itu dan ini, tetapi tidak sedar atau memahami apa yang berlaku.
"Dalam keadaan petugas kesihatan bertungkus-lumus di hospital merawat ledakan kes COVID, anda boleh bercekak pinggang berkata,'Bukalah katil lebih. Tambah jer lah katil ICU!'
"Malangnya katil ICU bukan katil yang dibeli di kedai perabot. Ada staf ramai, peralatan jutaan ringgit, kemahiran mengendaikan pesakit dan banyak aspek lain yang sukar.
"Ramai yang menipu diri sendiri dengan SOP yang ke laut bila berziarah senyap-senyap, rentas sempadan di jalan tikus, beraya senyap-senyap, makan dekat-dekat di asrama dan tempat kerja.
"KKM dituduh tipu data dan semuanya salah KKM," tambahnya.
Ujar Dr Alzamani lagi, perjuangan rakyat Malaysia tidak sesukar mana kerana apa yang diperlukan petugas barisan hadapan kini ialah perkara yang sama sudah diulang sejak setahun lalu.
"Pakai mask dan jauhilah manusia. Amalkan SOP ‘tanpa ruang bolos’ sedikitpun. Anggap semua ada COVID. Satu meter adalah jarak ‘keramat’.
"Kalau anda selebriti atau pemimpin, tunjuklah contoh yang baik dengan mematuhi SOP kerana impaknya besar untuk menyatukan rakyat.
"Dan kalau selebriti dan pemimpin tidak boleh diharap untuk berperanan seperti yang diimpikan, janganlah pula anda mengikut mereka, kerana harganya dibayar oleh anda dan keluarga anda," katanya lagi.
Beliau juga meminta orang ramai agar jangan terpedaya dengan dakyah pihak tidak bertanggungjawab dan menyebarkan khabar angin tentang vaksin.
"Mereka (antivaksin) yang mengikut telunjuk syaitan dan mahukan anda atau keluarga anda mati sambil produk jualan mereka anda beli.
"Jika 80% kita sudah divaksin, kita ada imuniti masyarakat. Tahun depan boleh raya, malah jika semua bagus, boleh buka mask seperti di sesetengah negara yang siap divaksin.
"Peranan anda dalam menentukan menang atau kalahnya perang ini teramat besar. Untuk menentukan sama ada ‘bas’ terus masuk gaung setiap hari atau tidak," katanya.
Astro Awani
Sat May 22 2021

Perang melawan COVID-19 tidak akan dimenangi jika orang ramai masih menyalahkan orang lain dan enggan mengambil tanggungjawab sendiri. - Foto Facebook KKM

Kerajaan perlu tumpu aspek meningkatkan pendapatan rakyat - DPDM
Kerajaan sewajarnya mula memikirkan cara untuk membantu rakyat meningkatkan pendapatan.

Pendidikan | Lebih 7,000 kanak-kanak di Sarawak tidak dapat pendidikan awal
Lebih 7,000 kanak-kanak di sarawak tidak mendapatkan pendidikan awal prasekolah sebelum memasuki tahun 1, kata Datuk Seri Fatimah Abdullah. Angka itu diperoleh beliau menerusi statistik Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak Dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak.

Kurang Guru | KPM digesa pertimbang ambil guru dalam kalangan anak Sabah
Kesatuan Guru-Guru Kerajaan Sabah (KGKS) menggesa Kementerian Pendidikan supaya mempertimbangkan pengambilan guru dalam kalangan anak tempatan. Menurut Presidennya, Mohd Kifflee Alli berkata langkah itu bukan sahaja mampu menyelesaikan isu kekurangan guru Sabah tetapi secara tidak langsung mengurangkan kadar pengangguran di negeri berkenaan.

Pendidikan | KPM perluas sekolah integrasi di seluruh negara
Sekolah integrasi akan diperluas ke daerah-daerah di seluruh negara. Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, program berkenaan perlu diutamakan kerana memberi pelbagai manfaat dan kebaikan khususnya dalam menyatu-padukan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

#SuaraMalaysia: Menjelang Belanjawan 2023, bantuan sara hidup jadi tumpuan
Sebanyak 57 peratus responden menyatakan bahawa bantuan sara hidup menjadi tumpuan utama mereka.

Projek Sakit | Disebabkan kontraktor tidak cekap - Abang Johari
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan kelewatan projek-projek pembangunan di negeri itu adalah disebabkan kontraktor yang tidak kompeten. Malah tegasnya, semua peruntukan untuk projek-projek itu telah disediakan dan tidak sewajarnya ia gagal atau mengalami kelewatan. Sehubungan itu, Abang Jo mahu isu ini ditangani segera bagi mengelak kerugian kepada kerajaan sekali gus mengecewakan rakyat.

Terima Suapan | Penjawat awam mengaku tidak bersalah
Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah Tawau, hari ini atas dua pertuduhan menggunakan jawatannya mendapatkan suapan, tiga tahun lalu. Tertuduh Mahasan Nordin 36 tahun, membuat pengakuan itu dan memohon untuk dibicarakan sebaik sahaja pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Jason Juga.

Bunuh | Enam termasuk pegawai dan anggota polis didakwa
Enam individu termasuk pegawai dan anggota polis didakwa di Mahkamah Majistret, Tawau pada Rabu atas pertuduhan membunuh seorang lelaki pemandu e-hailing. Tertuduh Rosdi Rastam, 44, Dennis Anak Enit, 44, Fabian Anak Rungam, 43, Khairul Azman Bakar, 47, Mohd Azlan Sakaran, 39, dan seorang orang awam Vivien Fabian, 34, didakwa membunuh Nurman Bakaratu, 61, di ladang kelapa sawit berdekatan Jalan Anjur Juara, Jalan Apas Batu 5, dalam daerah Tawau.

Lawatan PM Anwar ke Thailand bakal teroka kerjasama baharu
Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Thailand bermula Khamis dijangka memperluas lagi kerjasama sedia ada dan meneroka kerjasama baharu.

Universiti tidak sepatutnya lupakan keutamaan kajian kemanusiaan - Sultan Nazrin
Biarpun peralihan tumpuan sektor pendidikan tinggi kepada mata pelajaran STEM meningkat, universiti tidak sepatutnya melupakan keutamaan kajian kemanusiaan, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

KKM bentang Kertas Putih berhubung perolehan vaksin COVID-19 di Dewan Rakyat - PM Anwar
Anwar berkata, ini berikutan dapatan mengenai proses yang didakwa tidak mengikut proses sewajarnya.

KKM akui berlaku kesesakan di Jabatan Kecemasan
Kesesakan tersebut dipercayai kerana pesakit yang sepatutnya dimasukkan ke wad masih terperangkap di Jabatan Kecemasan.

KLCAH harap kerajaan bantu rakyat hadapi tekanan kos sara hidup
KLCAH meraikan ulang tahun ke-20 pada tahun ini dan telah berpindah ke pejabat baharu di Maju Link, Bandar Tasik Selatan.

ASEAN perlu jadi lebih kuat untuk capai tahap pelancongan berkualiti, mampan - Sandiaga Uno
Negara-negara anggota harus terus mempromosikan ketersambungan, serta memudahkan prosedur dan dasar dari segi visa.

Sultan Johor meriahkan sambutan Thaipusam
Perayaan Thaipusam edisi ini disambut meriah di Johor Bahru dengan ribuan penganut Hindu mula dilihat berhimpun dan membanjiri beberapa buah kuil di sekitar daerah itu, sejak 11 pagi Ahad.

Thaipusam: Meriah tetapi perlu hati-hati - Sivakumar
Beliau meminta agar kesemua yang hadir sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga memandangkan ancaman pandemik itu masih wujud.

Hanya 1.9 peratus populasi Johor dapatkan suntikan dos penggalak kedua
Peratusan individu di Johor yang mendapatkan suntikan dos penggalak kedua dilihat masih rendah iaitu 1.9 peratus daripada keseluruhan populasi rakyat di negeri ini.

COVID-19: Myanmar lanjut sekatan hingga akhir Februari
Pelanjutan itu merangkumi semua sekatan COVID-19 yang tamat tempoh pada 31 Januari.

Kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan meningkat 6.3 peratus - Dr Noor Hisham
Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan bagi setiap 100,000 penduduk meningkat 6.3 peratus pada Minggu Epidemiologi keempat 2023.

Turkiye sasar 60 juta ketibaan pelancong asing tahun ini
Turkiye menyasarkan 60 juta ketibaan pelancong asing pada tahun 2023, kata Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Mehmet Nuri Ersoy pada Selasa.