Skip to main content

Malaysia

Polis siasat dakwaan kes cabul di Terminal Bersepadu Selatan

HARRASMENT TBS
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung satu dakwaan kes cabul melibatkan seorang wanita tempatan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Bandar Tasik Selatan, pada Rabu lalu. - Foto tular/media sosial

KUALA LUMPUR: Polis sedang menjalankan siasatan berhubung satu dakwaan kes cabul melibatkan seorang wanita tempatan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Bandar Tasik Selatan, di sini, pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras memaklumkan, pihaknya menerima laporan kejadian itu kira-kira jam 8.29 malam, 18 Mac 2026.

Advertisement

Menurutnya, insiden tersebut dipercayai melibatkan seorang lelaki tidak dikenali yang melakukan perbuatan cabul terhadap mangsa ketika berada di lokasi berkenaan.

“Susulan laporan diterima, pihak polis telah membuka kertas siasatan dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

Dalam pada itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Must Watch Video