Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Ramanan dahului senarai penerima SJMK Darjah Kebesaran Kelantan

KOTA BHARU, 29 Sept - Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan mengurniakan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) yang membawa gelaran Datuk kepada Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan pada Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda yang Ke-57 di Istana Balai Besar, hari ini. - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Pengurniaan itu turut melakar sejarah apabila Ramanan, yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjadi individu daripada komuniti India pertama dalam sejarah menerima S.J.M.K sejak 1925. - Foto Bernama
Advertisement

KOTA BHARU: Menteri Sumber Manusia, Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan mendahului senarai penerima Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.J.M.K.) yang membawa gelaran Datuk bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Sultan Muhammad V.

Pengurniaan itu turut melakar sejarah apabila Dato' Sri Ramanan, yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat menjadi individu daripada komuniti India pertama dalam sejarah menerima S.J.M.K sejak 1925. Keanggotaan bagi kelas S.J.M.K. dihadkan kepada 50 penerima.

Ramanan juga merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada KDYMM Sultan Muhammad V atas perkenan pengurniaan tersebut, sambil menyifatkannya sebagai satu amanah untuk terus memperkukuh khidmat kepada Raja, rakyat dan juga Negara.

Selain Ramanan, Dato' Razali Daud, Dato' Rosnazli Hj Amin, Dato' Daniyar Kessikbayev, Dato' Leon Emil Le'mercier, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, dan Dato' Mohd Khidir Yaacob,  turut dikurniakan S.J.M.K. pada istiadat berkenaan.

Antara penerima darjah kebesaran lain ialah bekas Panglima Angkatan Tentera Jeneral (B) Tan Sri Dato’ Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Pahlawan Haji Malek Razak bin Sulaiman, Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Azhan bin Haji Md Othman serta Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan), Dato’ Sri Ab Rahim bin Ab Rahman, yang menerima darjah S.P.K.K. dan S.P.S.K.

Must Watch Video

Advertisement