awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ramasamy cabar Khalid kemuka bukti pelarian Tamil adalah pengganas

Bernama
Bernama
27/05/2014
10:38 MYT
Ramasamy cabar Khalid kemuka bukti pelarian Tamil adalah pengganas
RAMASAMY: jangan dengan mudah menahan pelarian Tamil yang perlukan perlindungan. -Gambar Fail
Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P. Ramasamy mencabar Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengemukakan bukti kukuh bahawa tiga rakyat asing yang ditahan Ahad lepas adalah anggota pengganas Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE).
Beliau berkata kumpulan pengganas LTTE telah lama berkubur dan ketiga-tiga rakyat asing yang ditahan itu mempunyai kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) untuk menetap di negara ini serta mengelak daripada diambil tindakan oleh pihak berkuasa.
"Bagaimana beliau (Khalid) boleh kata bahawa LTTE wujud, polis Malaysia ini tidak membuat kajian langsung, mereka ambil tindakan apabila mereka terima maklumat daripada pihak Sri Lanka...ini adalah pelarian Tamil.
"Saya cabar ketua polis negara sekiranya beliau ada bukti, kemukakan dan saya sedia berdebat dengannya...jangan dengan mudah menahan pelarian Tamil yang perlukan perlindungan," dakwanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Ramasamy mengadakan sidang akhbar itu khusus mengenai penahanan tiga rakyat asing yang disyaki anggota kumpulan pengganas LTTE dalam beberapa serbuan di Petaling Jaya dan Klang, Selangor pada 15 Mei lepas.
Khalid dalam kenyataannya sebelum ini berkata suspek menyusup masuk ke Malaysia sejak 2004 dan menjadikan negara ini sebagai pangkalan untuk mengumpul dana, menyebarkan propaganda selain berusaha mengaktifkan semula aktiviti kumpulan LTTE khususnya di peringkat antarabangsa.
Topic Berkaitan
#P. Ramasamy
#tamil tigers
#Tan Sri Khalid Abu Bakar
#UNHCR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan