NATIONAL
Ramkarpal sahkan terima arahan Anwar mulakan saman terhadap Yusoff Rawther

Ramkarpal berkata, berdasarkan siasatan yang dijalankan, jelas menunjukkan ia tidak cukup bukti untuk mengambil pendakwaan dalam kes yang dilaporkan oleh Muhammed Yusoff. - Gambar fail/BERNAMA
Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ramkarpal Singh mengesahkan menerima arahan daripada Presiden PKR itu untuk memulakan saman fitnah terhadap Muhammad Yusoff Rawther berkenaan kandungan perisytiharan berkanun (SD) yang dibuat olehnya pada 19 November tahun lalu.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Ramkarpal berkata, berdasarkan siasatan yang dijalankan, jelas menunjukkan ia tidak cukup bukti untuk mengambil pendakwaan dalam kes yang dilaporkan oleh Muhammed Yusoff.
“Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah menerima arahan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa hari lalu untuk memulakan saman fithnah terhadap Muhammad Yusoff Rawther berkenaan kandungan perisytiharan berkanun yang dibuat beliau pada 19.11.2019,” katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat.
Tambahnya, beliau akan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memfailkan saman fitnah tersebut pada minggu hadapan.
Selain itu, pihaknya juga mendapati tidak ada cukup keterangan untuk membuat pertuduhan mengenai laporan polis yang dibuat berdasarkan keterangan yang ada dalam kertas siasatan, sekali gus bersetuju dengan saranan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya kes itu ditutup.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami