awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rampasan dadah RM1.4 juta: Pelajar sekolah menengah antara lima ditahan

Bernama
Bernama
16/10/2023
08:41 MYT
Rampasan dadah RM1.4 juta: Pelajar sekolah menengah antara lima ditahan
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri (dua,kiri) menunjukkan dadah yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, hari ini. - Foto Bernama
KUCHING: Polis menahan tiga lelaki dan dua wanita, termasuk seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun susulan penemuan dadah syabu seberat 42.2 kilogram (kg) bernilai RM1.4 juta di sebuah hotel di bandar raya ini Khamis lepas.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata kelima-lima suspek berumur 17 hingga 22 tahun yang berasal dari Kuching itu ditahan dalam serbuan di sekitar sini dan Bintawa pada hari berkenaan.
Beliau berkata dadah yang diseludup masuk ke sini sebagai bungkusan teh cina itu dipercayai diperoleh daripada rakan mereka di Semenanjung Malaysia, dan polis turut merampas sebuah kereta Perodua Aruz dianggarkan bernilai RM50,000 daripada kumpulan itu.
"Dadah ini dibawa masuk dari Kuala Lumpur oleh dua suspek yang bertindak sebagai kurier menerusi penerbangan. Dadah ini adalah untuk pasaran di Kuching, Miri dan Bintulu," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) hari ini.
Menurutnya salah seorang suspek yang ditangkap mempunyai dua rekod jenayah berkaitan dadah di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, serta satu rekod di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Mohd Azman berkata kesemua mereka direman hingga 20 Okt ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Beliau berkata rampasan berkenaan merupakan tangkapan terbesar bagi siri keempat Ops Tapis Khas yang berlangsung 10 hingga 12 Okt lepas.
Menurutnya sepanjang Ops Tapis Khas yang diadakan secara bersiri sejak Januari, polis Sarawak berjaya merampas pelbagai jenis dadah seberat 85.17 kg dengan jumlah tangkapan 1,332 orang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rampasan dadah
#pelajar sekolah ditahan
#Mohd Azman Ahmad Sapri
#Pesuruhjaya Polis Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan