awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rampasan kuasa Myanmar: Wisma Putra suarakan kebimbangan serius

Astro Awani
Astro Awani
01/02/2021
07:12 MYT
Rampasan kuasa Myanmar: Wisma Putra suarakan kebimbangan serius
Pada Isnin, junta tentera Myanmar umum telah menguasai negara itu dan mengisytiharkan darurat selama setahun. - Reuters
KUALA LUMPUR:Kerajaan Malaysia menyuarakan kebimbangan serius terhadap perkembangan di negara serantau, Myanmar.
Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini menggesa supaya keselamatan rakyat diutamakan menerusi dialog secara aman antara pemimpin.
“Malaysia mengulangi sokongan kuat untuk peralihan demokrasi, proses keamanan dan pembangunan ekonomi secara inklusif di Myanmar,” menurut kenyataan itu.
Malaysia menyarankan supaya tentera Myanmar serta pihak lain mengangkat prinsip kedaulatan undang-undang dan menggunakan saluran itu serta dialog untuk menyelesaikan sebarang bantahan terhadap keputusan pilihan raya pada November lalu.
Justeru, Wisma Putra menegaskan bahawa penyatuan rakyat Myanmar bergantung kepada kerjasama antara pemimpin yang perlu meneruskan rundingan secara aman, terutamanya ketika berdepan dengan pandemik ketika ini.
BACA: Demokrasi lawan tentera di Myanmar, siapa menang, siapa tewas?
BACA: Rampasan kuasa: Tentera Myanmar isytihar darurat satu tahun
Kerajaan turut akan kekal menyokong kestabilan serantau sebagai tunjang pembangan ekonomi dan kemajuan bersama.
Pada masa sama, rakyat Malaysia di Myanmar dinasihatkan kekal berwaspada dan mengikuti saranan oleh pihak berkuasa tempatan.
Untuk mendapatkan bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Yangon pada talian +95 9 772 220 230 atau e-mel [email protected].
Pada Isnin, junta tentera Myanmar telah menguasai negara itu dan mengisytiharkan darurat selama setahun, menurut pengumuman Pejabat Presiden Myanmar menerusi Irrawaddy TV, stesen penyiaran milik tentera.
Topic Berkaitan
#Wisma Putra
#Myanmar
#Junta
#tentera
#darurat
#COVID-19
#Aung San Suu Kyi
#Burma
#ASEAN
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan