awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rancang harta pusaka, elak perbalahan keluarga

Astro Awani
Astro Awani
09/11/2024
12:43 MYT
Rancang harta pusaka, elak perbalahan keluarga
Sebahagian perserta Jejak Warisan Hijau Kuning yang menghadiri program perwarisan dan harta pusaka. - Foto ihsan Tabung Amanah Sultan Kedah
ALOR SETAR: Masalah tuntutan harta pusaka menjadi lebih sukar apabila waris yang layak menerima meninggal dunia sebelum aset berkenaan diserahkan kepada mereka mengikut saluran undang-undang syariah atau sivil ditetapkan.
Menyedari masalah ini penting dan perlu penyelesaian segera, Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK) mengambil inisiatif memberikan pendedahan kepada 112 penghulu negeri Kedah berkenaan perancangan dan pengurusan harta pusaka.
Ahli Lembaga TASK, Datuk Seri Bakar Din berkata, jumlah tunggakan kes pengurusan pusaka kian meningkat dan ia amat membimbangkan, perancangan harta pusaka perlu dibuat lebih awal.
“Jadi TASK mengambil inisiatif memberikan pendedahan ilmu pewarisan kepada kesemua penghulu di negeri Kedah ini.
“Mereka yang sentiasa berada di luar sana dan berinteraksi dengan masyarakat secara langsung, ilmu ini akan dimanfaatkan di lapangan nanti,” katanya dalam program Jejak Waris HIjau Kuning.
Program yang julung kalinya ini mendapat kerjasama penuh syarikat perancangan dan pengurusan harta pusaka, Penna Waris Sdn Bhd antara lain memberikan pendedahan kepada penghulu yang merupakan pusat rujukan setempat perlu memainkan peranan penting dalam menyampaikan ilmu pewarisan yang betul dan beretika.
“Ia sekali gus dapat memastikan harta pusaka diurus dengan cara patuh syariah dan dapat dimanfaat oleh waris bagi kelangsungan hidup mereka pada masa depan,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Pennawaris Sdn Bhd, Sharen Alzalip berkata, mereka amat optimistik dalam memberi pendedahan khususnya kepada warga penghulu tentang kepentingan melantik pentadbir harta atau ‘wasi’ yang merupakan kunci bagi memulakan proses tuntutan harta pusaka.
“Kebanyakkan kes tuntutan pusaka yang tertangguh adalah berpunca daripada perbalahan diantara ahli keluarga untuk melantik pentadbir bagi mewakili waris-waris yang lain untuk menguruskan pusaka si mati.
“Konflik yang tercetus ini mengakibatkan proses tuntutan tertangguh sehingga bertahun-tahun lamanya,” katanya.
Topic Berkaitan
#Tabung Amanah Sultan Kedah
#harta pusaka
#task
#Bakar Din
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan