awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rancangan naik taraf pusat kawalan operasi APMM tingkat keselamatan maritim

Bernama
Bernama
14/09/2023
20:00 MYT
Rancangan naik taraf pusat kawalan operasi APMM tingkat keselamatan maritim
Laksamana Madya Datuk Hamid Mohd Amin berkata, cadangan pelaksanaan projek itu akan membolehkan agensi berkenaan mengambil tindakan pantas dalam mengendalikan situasi maritim negara yang semakin mencabar. - Gambar www.mmea.gov.my
KUALA LUMPUR: Rancangan menaik taraf pusat kawalan operasi dan pembinaan baharu pangkalan operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merupakan langkah penting bagi meningkatkan keselamatan maritim serta keberkesanan agensi berkenaan dalam melaksanakan tanggungjawab menjaga Zon Maritim Malaysia.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Datuk Hamid Mohd Amin berkata, cadangan pelaksanaan projek itu akan membolehkan agensi berkenaan mengambil tindakan pantas dalam mengendalikan situasi maritim negara yang semakin mencabar.
Beliau berkata, dengan sumber dan kemudahan disediakan, APMM akan dapat melakukan tindakan lebih responsif khususnya dalam mengekang ancaman keselamatan maritim seperti penyeludupan dadah, jenayah rentas sempadan, pencerobohan nelayan asing dan aktiviti jenayah di laut.
"Harapan saya, dengan penaiktarafan pusat kawalan operasi ini, maka keselamatan kawasan maritim negara semakin terjamin dan selamat daripada segala ancaman bahaya," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, cadangan pembinaan baharu pangkalan operasi akan memberikan impak besar kepada APMM kerana ia membolehkan agensi itu beroperasi semakin efisien dengan kemudahan lebih baik.
"Ia juga secara tidak langsung akan meningkatkan kemampuan pihak APMM dalam melaksanakan penguatkuasaan dan Carilamat (Perkhidmatan Mencari dan Menyelamat) dengan lebih efektif," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata, APMM akan mendapatkan perincian daripada Kementerian Dalam Negeri berkaitan penaiktarafan dan pembinaan baharu premis agensi itu melalui Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi 2023 hingga 2025.
Katanya, APMM merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas sokongan dan komitmen yang ditunjukkan oleh kerajaan dalam memperkukuh keselamatan dan kedaulatan perairan negara.
Isnin lepas, Perdana Menteri ketika membentangkan usul Kajian Separuh Penggal RMK12 di Parlimen berkata projek menaik taraf dan pembinaan baharu pangkalan operasi APMM itu adalah untuk mengoptimumkan kawalan keselamatan di sempadan negara. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
#RMK12
#kawalan keselamatan
#pangkalan operasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan