KUALA LUMPUR: Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) akan membentangkan rang undang-undang berkaitan kecekapan dan konservasi tenaga pada persidangan Dewan Rakyat tahun depan.
Menterinya Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata penggubalan rang undang-undang itu akan membolehkan pengurusan permintaan tenaga termasuk tenaga termal diselaraskan secara komprehensif dan dikawal selia dengan lebih berkesan oleh Suruhanjaya Tenaga.
Katanya KeTSA sedang dalam peringkat penyediaan draf rang undang-undang berkenaan yang akan memperkukuhkan kerangka perundangan berkaitan kecekapan dan konservasi tenaga bagi memastikan keterlibatan secara menyeluruh di pelbagai peringkat institusi dan organisasi.
"Berdasarkan analisis oleh Suruhanjaya Tenaga, pelaksanaan Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga kelak akan berupaya menjimatkan penggunaan tenaga sebanyak 1,447 juta giga joule atau 258.4 juta tan pelepasan karbon dioksida.
"Ini bersamaan dengan penjimatan RM71.24 bilion bagi tempoh 16 tahun," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian hadiah Pertandingan Kecekapan Tenaga 2021 anjuran Suruhanjaya Tenaga di sini hari ini.
Mengulas lanjut Takiyuddin berkata pelaksanaan akta itu akan dapat mewujudkan lebih 1,500 peluang pekerjaan bagi jawatan pengurus tenaga berdaftar, juruaudit tenaga berdaftar dan pelatih untuk institusi latihan.
"Selain penguatkuasaan undang-undang, saya yakin kesedaran dan penghayatan orang awam tentang kecekapan tenaga amat penting dalam memastikan negara kita mencapai sasaran dan komitmen untuk mengurangkan pelepasan gas rumah kaca," katanya.
Sementara itu Takiyuddin berkata setakat Oktober tahun ini, kerajaan berjaya menjimatkan penggunaan elektrik terkumpul sebanyak 4.3 peratus melalui inisiatif Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara (NEEAP) berbanding sasaran awal 3.9 peratus bagi tahun 2021.
Katanya kerajaan sebelum ini menetapkan sasaran pengurangan lapan peratus penggunaan elektrik menjelang 2025, bersamaan dengan 52,223 giga watt jam untuk tempoh 10 tahun menerusi inisiatif tersebut.
Takiyuddin turut memuji inisiatif Suruhanjaya Tenaga yang komited membudayakan kehidupan cekap tenaga dalam kalangan generasi muda, khususnya pelajar sekolah menerusi penganjuran pertandingan itu yang kini telah memasuki tahun ketujuh.
Program dan inisiatif kecekapan tenaga seumpama ini perlu diberi keutamaan dalam menyokong dasar dan aspirasi pembangunan negara, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 30 2021
Takiyuddin berkata penggubalan rang undang-undang itu akan membolehkan pengurusan permintaan tenaga termasuk tenaga termal diselaraskan secara komprehensif dan dikawal selia dengan lebih berkesan oleh Suruhanjaya Tenaga.- Gambar fail/BERNAMA
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Usul baharu untuk dakwa Presiden Yoon dibawa ke Parlimen
Usul kedua untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berhubung pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal dilaksanakan telah dibawa ke Parlimen pada Jumaat.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
PM Anwar tanam pokok ke-100 juta di Taman Herba
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyempurnakanpenanaman pokok ke-100 juta di Taman Herba, Parlimen.
Kenaikan premium insurans, kewujudan Titah Adendum antara tumpuan di Parlimen hari ini
Isu-isu ini dijangka dibangkitkan dalam sesi soal jawab lisan Perdana Menteri (PMQ).
Presiden Yoon Suk Yeol 'terselamat', usul pecat ditolak
Usul memecat Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol selepas cubaannya untuk menguatkuasakan undang-undang tentera, ditolak pada Sabtu kerana tidak cukup kuorum, lapor agensi berita Yonhap.
Perkara berkaitan situasi banjir antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Ganabatirau minta menteri nyatakan tahap kepuasan kerajaan terhadap pembangunan infrastruktur tebatan banjir dan pelaburan yang berkaitan.
Presiden Korea Selatan isytihar undang-undang tentera
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol pada Selasa mengisytiharkan undang-undang tentera, sambil menuduh parti pembangkang terlibat dalam "aktiviti anti-negara yang merancang pemberontakan."
Dewan Rakyat lulus Belanjawan 2025
Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen melalui undian suara.
Perangi jenayah siber, Kerajaan MADANI bentang dua rang undang-undang di Parlimen hari ini
Dua rang undang-undang tersebut ialah Rang Undang-Undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 (Akta 588) dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2024.