awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OpenAI cari Ketua Kesediaan untuk kenal pasti kesan negatif AI
Izwan Hasli dilantik Ketua Pegawai Eksekutif baharu PNB Merdeka Ventures
Notis rasmi kekosongan luar jangka tiga DUN Perlis diserah kepada SPR
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rang Undang-Undang Farmasi yang baharu masih dalam perbincangan

Astro Awani
Astro Awani
25/02/2015
11:40 MYT
Rang Undang-Undang Farmasi yang baharu masih dalam perbincangan
Antara isu yang masih dalam kajian di bawah rang undang-undang baharu itu adalah mengenai pilihan untuk membolehkan pemberian ubat-ubatan oleh kedua-dua pihak farmasi dan pengamal perubatan. - Gambar fail
Rang Undang-Undang Farmasi yang baharu masih dalam peringkat penilaian untuk mengumpulkan maklumat daripada pelbagai pihak termasuk Jabatan Peguam Negara, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.
Beliau berkata demikian melalui sebuah kenyataan rasmi hari ini berikutan banyak perbincangan dan debat oleh pelbagai pihak berkaitan isu pengasingan dispensari di negara ini.
“Antara isu yang masih dalam kajian di bawah rang undang-undang baharu itu adalah mengenai pilihan untuk membolehkan pemberian ubat-ubatan oleh kedua-dua pihak farmasi dan pengamal perubatan,” kata Subramaniam.
Tambah beliau, perbincangan lanjut antara Bahagian Perkhidmatan Farmaseutikal dan banyak lagi pihak berkepentingan masih berlangsung.
“Semalam, sebuah perbincangan telah diadakan dengan bahagian-bahagian yang relevan daripada Kementerian Kesihatan, Persatuan Perubatan Malaysia dan Sekretariat Majlis Perubatan Malaysia,” terang beliau.
Sementara itu, perbincangan dengan kumpulan doktor telah dijadualkan pada 4 Mac, kumpulan pengguna pada minggu kedua, dan dengan beberapa kementerian dan agensi kerajaan lain pada minggu ketiga bulan yang sama.
Perbincangan dengan Persatuan Farmasi dan ahli akademik akan dilangsungkan pada minggu keempat bulan Mac seterusnya diikuti dengan majlis taklimat rasmi pada April 2015.
Topic Berkaitan
#Doktor
#farmasi
#perbincangan
#perubatan
#Rang Undang-Undang
#subramaniam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan