BERIKUT adalah rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang pagi ini (21 Februari 2017).
Jurukamera TV Korea buat liputan kes Jong-Nam ditahan
Pekarangan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL) sedikit kecoh awal pagi ini apabila polis menahan seorang pengamal media asing yang 'berkampung' bersama puluhan media yang membuat liputan kes pembunuhan Kim Jong-nam.
Jurukamera Korean Broadcasting System (KBS) itu ditahan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Dang Wangi, DSP M. Gunalan selepas empat kenderaan pacuan empat roda polis bersama sepasukan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) tiba di situ pada pukul 1.40 pagi.
Kerugian Forex: Kit Siang bermain sandiwara - Azalina
Penasihat DAP Lim Kit Siang bermain politik apabila menawarkan diri secara bersyarat untuk menyertai siasatan mengenai kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia pada sekitar 1990-an, kata Datuk Seri Azalina Othman Said.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata Kit Siang sebaliknya harus menyertainya dengan niat ikhlas jika beliau benar-benar berhasrat untuk membantu pasukan petugas khas yang ditubuhkan Kabinet untuk menyiasat kerugian itu.
Hanya berbekal coklat, pendaki sesat bertahan di hutan Gunung Irau
Pendaki wanita, Norfatin Sulaiman, 29, yang dilapor sesat di Gunung Irau, Cameron Highlands pada Sabtu hanya bertahan dengan berbekalkan coklat yang dibawa bersamanya ketika melakukan aktiviti pendakian di gunung berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Muhamad Haziq Hazmi memaklumkan mangsa berjaya dibawa keluar sekitar 10 malam semalam selepas lebih 44 jam sesat dan telah dibawa ke Hospital Cameron Highlands untuk mendapatkan rawatan.
Poklong Anading: Menemui seni dalam kekecohan bandar Manila
Kisah seorang seniman FIlipina, Poklong Anading, yang menjadikan persekitaran bandar yan didiaminya sebagai sumber inspirasi untuk berkarya.
Di bandar di mana tragedi dan drama berada begitu hampir di permukaannya, Poklong telah berjaya mencipta karya-karya seni yang merupakan esei yang cukup indah berkenaan soal kehilangan, pembuangan dan jati diri.
Donald Trump umum Penasihat Keselamatan Negara baharu
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan Leftenan Jeneral Herbert Raymond McMaster sebagai Penasihat Keselamatan Negara yang baharu.
Pelantikan yang dilakukan di Palm Beach, Florida itu susulan Michael Flynn meletak jawatan pada minggu lepas.
Astro Awani
Tue Feb 21 2017
Rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang pagi ini (21 Februari 2017).
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Izzuddin-Sze Fei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei terlepas bergelar juara Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 selepas ditewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen
Lelaki ditahan kurang empat jam selepas samun farmasi
Polis berkata suspek berusia 20 tahun itu ditahan bersama pisau yang dipercayai digunakan dalam kes berkenaan dan baki wang tunai hasil samun.
Donald Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Jawatan itu dijangka akan memacu dasar-dasar terhadap beberapa musuh AS termasuk Korea Utara.
ABC News setuju bayar saman fitnah AS$15 juta Trump, mohon maaf
Rangkaian berita itu akan membayar sebanyak AS$15 juta kepada sebuah badan kebajikan dan mengeluarkan permohonan maaf.
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trump janji usaha 'pengusiran jutaan migran' hari pertama sebagai presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat Donald Trump merancang untuk melancarkan usaha mengusir jutaan pendatang haram dan mengenakan tarif ke atas negara asing.
Ukraine sedia berunding dengan Rusia - Trump
Zelensky dan Ukraine mahu membuat perjanjian [dengan Rusia] dan menghentikan kegilaan ini, kata Presiden Terpilih AS.
Amerika tidak seharusnya terlibat dengan peperangan di Syria - Donald Trump
Donald Trump berpendapat, Amerika tidak seharusnya terlibat dalam apa sahaja peranan dengan Syria yang sedang bergolak ketika ini.