awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ranhill SAJ saran masyarakat ada kesedaran bendung pencemaran sumber air mentah

Astro Awani
Astro Awani
07/04/2021
08:33 MYT
Ranhill SAJ saran masyarakat ada kesedaran bendung pencemaran sumber air mentah
Nor Ifuan berkata, kebersihan sungai adalah tanggungjawab bersama semua pihak bukan hanya pihak yang menguruskannya semata-mata. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Syarikat Air Johor (Ranhill SAJ) mengharapkan kesedaran untuk membendung ancaman pencemaran sumber air mentah terutamanya di kawasan hulu sungai dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat.
Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ, Sr. Nor Ifuan Md Nor menegaskan, kesedaran itu perlu memandangkan kawasan hulu sungai merupakan punca utama untuk air terawat.
Nor Ifuan berkata, kebersihan sungai adalah tanggungjawab bersama semua pihak bukan hanya pihak yang menguruskannya semata-mata.
“Hari Air Sedunia pada tahun ini bertemakan ‘Hargai Air’ yang memfokuskan kesedaran masyarakat dunia terhadap krisis air dan sokongan padu terhadap pencapaian Matlamat Pembangunan Lestari Bangsa-bangsa Bersatu yang ke-6 iaitu memastikan semua penduduk dunia mendapat air yang bersih menjelang 2030," katanya kepada media di Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Negeri Johor 2021.
Beliau juga menyatakan, masalah pencemaran yang berlaku di Sungai Skudai yang akan memberi impak kepada operasi rawatan air.
Tegasnya, apabila bacaan parameter ammonia terlalu tinggi, pihak Ranhill SAJ akan terpaksa menghentikan operasi rawatan air dan sekiranya masalah ammonia mengambil masa untuk pulih, ia juga akan menganggu bekalan air bersih di kawasan sekitar Johor Bahru.
Untuk itu, Ranhill SAJ melancarkan sebuah pertubuhan “Sahabat Sungai Skudai” bagi menghidupkan aktiviti-aktiviti rekreasi di sekitar denai Sungai Skudai untuk menarik minat komuniti setempat bersama-sama menyayangi serta menjaga kebersihan sungai tersebut yang telah dilancarkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk I.r Hasni Mohamad, sebentar tadi.
Terdahulu dalam ucapan perasmian Program Sayangi Sungai Skudai bersempena dengan Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Negeri Johor 2021, Hasni menyeru kerjasama semua pihak termasuk komuniti setempat sekiranya terlihat sebarang aktiviti mencurigakan agar segera melaporkan kepada pihak berwajib kerana tindakan itu boleh menyelamatkan sungai dari terus tercemar.
Topic Berkaitan
#Ranhill SAJ
#Nor Ifuan Md Nor
#Hari Air Sedunia Peringkat Negeri Johor 2021
#Sahabat Sungai Skudai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan