awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rapid Rail giat tangani isu berkaitan operasi

Bernama
Bernama
28/03/2023
23:15 MYT
Rapid Rail giat tangani isu berkaitan operasi
Langkah penambahbaikan itu untuk memastikan keselamatan dan keselesaan penumpang seterusnya memberi perkhidmatan berkualiti kepada pengguna pengangkutan awam. - Foto fail/Rapid Rail Sdn Bhd
KUALA LUMPUR: Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) sedang giat menjalankan kerja-kerja penambahbaikan antaranya menaik taraf sistem persemboyanan Transit Aliran Ringan (LRT) dan Sistem Keselamatan Hentian Kecemasan Pencerobohan Penumpang (PIES).
Dalam kenyataan pada Selasa, Rapid Rail memaklumkan langkah penambahbaikan itu untuk memastikan keselamatan dan keselesaan penumpang seterusnya memberi perkhidmatan berkualiti kepada pengguna pengangkutan awam.
"Ia juga sebagai satu langkah mitigasi dalam usaha menangani beberapa isu lain yang terjadi sejak kebelakangan ini supaya dapat dielakkan pada masa hadapan," menurut kenyataan itu.
Semalam, berlaku gangguan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya berpunca daripada sistem PIES yang satu komponennya telah tersangkut di bawah tren sehingga menyebabkan tren tersebut terpaksa dihentikan atas faktor keselamatan.
Bagaimanapun, gangguan yang berlaku di Stesen LRT Taman Bahagia pada 6.38 petang itu, berjaya diatasi pada 9.40 malam tadi.
Susulan itu, pihak operasi telah mengaktifkan perkhidmatan tren dan bas perantara bagi membawa penumpang yang terjejas antara Stesen LRT Kelana Jaya dan Stesen LRT Asia Jaya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LRT
#rapid rail
#stesen LRT
#pengangkutan awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan