awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mawar Taif Arab Saudi, pati berharga untuk industri minyak wangi
Musk dakwa bantahan terhadap deepfake Grok hanya alasan untuk penapisan
Kerajaan komited terjemah pertumbuhan ekonomi kepada pekerjaan dan masa depan rakyat - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rapid Rail umum penutupan sementara Plaza Stesen LRT Masjid Jamek

Astro Awani
Astro Awani
16/04/2020
01:00 MYT
Rapid Rail umum penutupan sementara Plaza Stesen LRT Masjid Jamek
Penutupan sementara ini adalah berikutan perluasan PKPD di sekitar kawasan Masjid India. - Gambar/ Astro AWAN.
Rapid Rail Sdn Bhd, selaku pengendali perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya serta Laluan Ampang/ Sri Petaling, mengumumkan penutupan sementara semua pintu keluar dan masuk di Plaza Stesen LRT Masjid Jamek mulai Khamis.
Dalam kenyataan, jurucakap Rapid Rail berkata penutupan sementara berkenaan dibuat berikutan perluasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sekitar kawasan Masjid India.
"Bagaimanapun, pintu keluar dan masuk Stesen LRT Masjid Jamek yang terletak bersebelahan Masjid Jamek masih dibuka dan perkhidmatan LRT akan beroperasi mengikut waktu operasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Pengguna LRT Laluan Kelana Jaya atau Laluan Ampang/ Sri Petaling hanya boleh membuat penukaran tren sahaja di Plaza Stesen LRT Masjid Jamek.
"Bagi pengguna yang ingin pergi ke arah Sentul Timur atau dari sana, dinasihatkan untuk mengguna terowong sambungan di stesen tersebut bagi membuat penukaran serta untuk keluar atau masuk melalui bahagian stesen (bersebelahan Masjid Jamek) yang tidak ditutup," katanya.
Dalam pada itu, jurucakap itu berkata, pegawai khidmat pelanggan dan polis bantuan juga akan ditempatkan bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan.
"Langkah itu diambil bagi membantu pihak berkuasa mengurangkan pergerakan orang awam yang tidak sepatutnya pergi ke kawasan terlibat (dengan PKPD).
"Orang awam juga diingatkan agar sentiasa mematuhi PKP, menjaga jarak sosial yang telah ditetapkan serta merancang perjalanan mereka berikutan penutupan sementara ini," jelas kenyataan itu.
Untuk maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan Rel Rapid KL, layari akaun media sosial Rapid KL atau menghubungi talian bantuan di 03-7885 2585.
Topic Berkaitan
#Ampang
#Kuala Lumpur
#LRT
#media sosial
#operasi
#PKP
#PKPD
#plaza stesen masjid jamek
#polis
#rapid rail
#Rel Rapid KL
#tutup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan