PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara lapan tahun dan denda RM977,560 terhadap bekas Ketua Umno Bahagian Pandan, Abd Ghani Ismail atas 10 pertuduhan menerima rasuah membabitkan RM193,512 antara Mei 2006 hingga Mac 2007.
Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Hanipah Farikullah sebulat suara memutuskan demikian selepas menolak rayuan akhir Abd Ghani, 56, untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya.
Dalam penghakimannya, Hanipah berkata sebahagian besar alasan penghakiman Mahkamah Tinggi adalah tidak relevan dengan fakta bagi sembilan pertuduhan menerima rasuah, maka pandangan Mahkamah Tinggi sudah tentu memprejudiskan perayu.
Bagaimanapun, beliau berkata Mahkamah Rayuan mempunyai kuasa untuk mendengar semula rayuan berdasarkan keterangan di Mahkamah Sesyen.
"Setelah meneliti rekod rayuan dan kesemua keterangan serta alasan penghakiman Mahkamah Sesyen, kami dapati keputusan Mahkamah Sesyen boleh dipertahankan dan tidak terdapat apa-apa kekhilafan oleh Mahkamah Sesyen yang memerlukan campur tangan oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.
"Kami juga berpuas hati bahawa tidak terdapat kesilapan di peringkat Mahkamah Sesyen. Oleh itu, sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Sesyen dikekalkan manakala rayuan (bagi sembilan pertuduhan) ditolak," katanya yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk S. Nantha Balan dan Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin.
Bagi satu lagi pertuduhan memperoleh suapan untuk melantik sebuah syarikat sebagai kontraktor, Hanipah berkata mahkamah berpendapat tidak terdapat kekhilafan oleh Mahkamah Tinggi yang memerlukan campur tangan Mahkamah Rayuan.
"Hakim Mahkamah Tinggi telah mengguna pakai prinsip undang-undang yang betul kepada fakta rayuan bagi kes tersebut. Dengan itu, sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Tinggi adalah selamat, rayuan ditolak, keputusan Mahkamah Tinggi dikekalkan," kata hakim itu.
Mengikut sembilan pertuduhan, Abd Ghani didakwa sebagai Ahli Jawatankuasa Tender, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) ketika itu, memperoleh suapan daripada seorang kontraktor Abdul Rahman Yaacob (sudah meninggal dunia) berjumlah RM193,512.
Ia sebagai balasan menolong Abdul Rahman mendapatkan Tender Zon SP 23 iaitu kerja perkhidmatan kutipan sisa pepejal di Taman Lembah Maju dan Taman Kencana serta Tender Zon PB 16 iaitu kerja pembersihan kawasan di Pandan Cahaya daripada MPAJ.
Abd Ghani didakwa melakukan kesemua perbuatan itu di Desa Pandan antara 4 Ogos 2006 hingga 31 Mac 2007.
Bagi satu lagi pertuduhan, Abd Ghani didakwa memperoleh suapan bagi dirinya iaitu pelantikan Syarikat Lembah Rimbun sebagai subkontraktor kepada Syarikat Dwisakti Mewah Sdn Bhd yang dia mempunyai kepentingan dalam syarikat itu. Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Pandan Jaya pada 1 Mei 2006.
Ia sebagai upah menolong Syarikat Dwisakti Mewah Sdn Bhd mendapatkan Tender Zon SP 21 iaitu kerja pelupusan sisa pepejal di kawasan Bandar Pandan Indah daripada MPAJ.
Bagi kesemua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 11 (a) dan Seksyen 10 (a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan.
Difahamkan, Abd Ghani yang telah membayar denda tersebut (RM977,560) akan menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang bermula hari ini.
Pada 28 Dis 2012, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan denda RM977,560 ke atas Abd Ghani sebelum Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengekalkan hukuman sama terhadapnya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norzilati Izhani Zainal dan Samihah Rhazali manakala peguam Zamri Ibrahim mewakili Abd Ghani.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 02 2023
Pada 28 Dis 2012, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan denda RM977,560 ke atas Abd Ghani sebelum Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengekalkan hukuman sama terhadapnya. - Fail/BERNAMA
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Rasuah: Bekas Ketua UMNO Bahagian Pandan kekal dipenjara lapan tahun, denda RM977,560
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara lapan tahun dan denda RM977,560 terhadap bekas Ketua UMNO Bahagian Pandan, Abd Ghani Ismail atas 10 pertuduhan menerima rasuah RM193,512.