PUTRAJAYA: Bekas Pengarah di Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) Pulau Pinang kekal dipenjara dan didenda selepas Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuannya dan mengekalkan sabitan bersalah atas dua pertuduhan rasuah membabitkan nilai keseluruhan RM50,818.50, sembilan tahun lepas.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Kamaludin Md Said bagaimanapun mengurangkan hukuman penjara daripada tiga tahun kepada 15 bulan terhadap Mohd Noor Rejab selepas mempertimbangkan beberapa faktor terutamanya umur perayu yang kini berusia 60 tahun.
Dalam keputusan sebulat suara, Kamaludin berkata mahkamah berpandangan tiada alasan kukuh untuk campur tangan dapatan mahkamah-mahkamah sebelum ini yang mendapati perayu bersalah atas kedua-dua pertuduhan dihadapinya.
"Kami telah melihat penghakiman Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi dan kami dapati kedua-dua mahkamah itu membuat dapatan yang konsisten. Dapatan yang dibuat adalah berdasarkan fakta dan kita tidak boleh ganggu fakta tanpa alasan. Kami minta maaf Encik Mohd Noor, kami tidak boleh buat apa-apa.
"Namun, peguam perayu (Mohd Noor) telah merayu terhadap hukuman dan setelah mempertimbangkan latar belakang, umur dan faktor lain dalam kes ini, mahkamah mengurangkan hukuman penjara tiga tahun kepada 15 bulan serta denda RM130,812.50 dikekalkan bagi pertuduhan di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan hukuman penjara satu tahun dikurangkan kepada enam bulan untuk kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
"Mahkamah memerintahkan hukuman penjara berjalan secara serentak bermula hari ini," kata Kamaludin yang bersidang bersama-sama Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk Hashim Hamzah.
Bekas penjawat awam itu telah membayar denda tersebut.
Sebaik sahaja mahkamah berhenti bersidang, Mohd Noor dilihat berpelukan dengan seorang wanita dipercayai anaknya dan cuba menenangkan ahli keluarganya itu.
Mohd Noor merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 11 Julai 2019 yang mengekalkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM130,812.50 terhadapnya yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen George Town pada 18 Mei 2018.
Mohd Noor sebagai Ketua Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan di Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang didakwa telah menggunakan jawatannya itu bagi mendapatkan suapan iaitu dengan memperakukan baucar bayaran bertarikh 17 Okt 2013 bagi pembayaran membekalkan 'Lab Coat' untuk pembantu makmal di seluruh sekolah Pulau Pinang bernilai RM26,162.50 kepada Syarikat Nur Ehsan Maju Enterprise, yang mempunyai kepentingan terhadap dirinya.
Kesalahan didakwa dilakukan di pejabat Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang pada 17 Okt 2013, mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Mohd Noor juga didakwa menerima untuk dirinya wang berjumlah RM24,656 melalui cek Maybank daripada seorang individu yang mempunyai hubungan kerja rasmi dengan dirinya di Maybank Cawangan Penang Road, Pulau Pinang pada 24 Okt 2013, mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Zain Ibrahim dan Mohd Fairuz Johari manakala perayu diwakili peguam Ashok Athimulan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 06 2022
Mahkamah berpandangan tiada alasan kukuh untuk campur tangan dapatan mahkamah-mahkamah sebelum ini yang mendapati perayu bersalah atas kedua-dua pertuduhan dihadapinya. - Gambar hiasan/ Bernama
Perdana Menteri dijadual bertemu Google
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan mesyuarat dalam talian bersama syarikat gergasi teknologi Google pada Isnin.
[TERKINI] Integriti perlu setimpal dengan pengiktirafan kerajaan
Penjawat awam yang tidak berintegriti tidak akan dilayan dengan cara yang sama oleh kerajaan.
Agong, Raja Permaisuri tiba di Singapura untuk Lawatan Negara sulung
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba di Singapura hari ini bagi mengadakan Lawatan Negara selama dua hari ke republik berkenaan.
Pusat Rawatan Madinah mula beroperasi lengkap kemudahan, doktor pakar
Pengarah Operasi Madinah (Perubatan) Dr Mahyin Kudong berkata, pusat rawatan berkenaan dilengkapi kemudahan antaranya wad dengan kapasiti 33 katil, unit kecemasan, x-ray, fisioterapi dan makmal perubatan selain pakar pemakanan.
[TERKINI] Operasi pencarian mangsa hilang masih diteruskan
Susulan 17 orang terperangkap akibat kejadian kepala air di Lembah Maksina, Makuau dekat Lahad Datu malam tadi. Operasi mencari dan menyelamat bersambung semula 8.20 pagi tadi.
Untuk perincian lanjut kita bersama wakil Astro AWANI, Ridzal Abdullah.
Untuk perincian lanjut kita bersama wakil Astro AWANI, Ridzal Abdullah.
[TERKINI] Polis tahan seorang suspek berkaitan serangan asid ke atas Faisal Halim - Laporan
Susulan insiden serangan asid ke atas pemain bola sepak Selangor, Faisal Halim, seorang lelaki lingkungan usia 20an telah ditahan polis.
Memetik laporan portal berita Malaysiakini, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya akan memperoleh perintah reman terhadap saspek hari ini.
Memetik laporan portal berita Malaysiakini, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya akan memperoleh perintah reman terhadap saspek hari ini.
X perkenal 'Stories' - ciri rumusan berita oleh AI untuk pelanggan berbayar
Ia boleh diakses pada tab -Explore-, yang sedia menyenaraikan sejumlah berita yang hangat dibincangkan pada platform tersebut.
IRC 2024 tarik 800 penyertaan fokus tangani isu inovasi keselamatan digital
Perkongsian peserta yang terdiri daripada pengawal selia dan pakar bidang subjek adalah penting.
[KOLUMNIS] SPRM dan kes berprofil tinggi: Ke mana sudahnya?
Amalan tadbir urus yang baik demi kepentingan awam adalah lebih penting daripada jawatan yang dipegang. Namun, bila agaknya ahli politik di negara ini boleh mengikut prinsip sedemikian rupa?
Polis tahan lelaki bantu siasatan kes simbah asid Faisal Halim
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek diberkas di Pandan Indah, Ampang.
Rasuah: Bekas pengarah di ICU JPM Pulau Pinang dipenjara 15 bulan
Mahkamah mengurangkan hukuman penjara daripada tiga tahun kepada 15 bulan terhadap Mohd Noor Rejab selepas mempertimbangkan beberapa faktor terutamanya umur perayu yang kini berusia 60 tahun.