Undang-undang yang ketat dan pembentukan sistem yang komprehensif bagi membendung jenayah rasuah tidak akan berjaya jika anggota masyarakat sendiri tidak mempunyai nilai moral yang baik, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Beliau berkata untuk Malaysia bergerak ke arah sebuah negara yang dihormati, semua pihak perlu melihat kembali kepada generasi yang bakal dilahirkan pada masa akan datang terutamanya menjelang Transformasi Nasional 2050 (TN50).
"Sebab itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil pendekatan 'bottom up' (dari bawah ke atas) dengan mendapatkan maklum balas daripada generasi yang akan hidup pada TN50 nanti.
"Ini kerana, bercakap soal integriti dan rasuah tidak akan selesai walaupun ada kerajaan baharu sekalipun jika manusia itu sendiri tidak ada nilai," kata Asyraf Wajdi pada Sidang Kemuncak Pemerkasaan Milenia (MES) 2017 anjuran Biro Pelajar Luar Negara UMNO, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan dalam sesi bertajuk 'Maqasid Syariah dalam Dasar Awam dan Tadbir Urus' mengenai faktor Malaysia berada pada kedudukan ke-55 daripada 176 buah negara dalam Indeks Persepsi Rasuah tahun lepas walaupun pelbagai prosedur dan undang-undang telah digubal oleh kerajaan bagi membanteras jenayah itu.
Asyraf Wajdi berkata bagi melahirkan generasi yang mampu membangunkan negara secara seimbang, kerajaan melalui TN50 berhasrat melahirkan 125,000 huffaz profesional di seluruh negara menjelang 2050.
"Kita ingin melahirkan generasi ulul albab (seimbang dunia dan akhirat), dia hafiz tetapi dia juga pakar dalam bidang perubatan, akauntan atau jurutera dan sebagainya," katanya.
Katanya ketika ini sistem pendidikan negara mempunyai 41,250 pelajar tahfiz yang sedang mengikuti pendidikan hafiz dan akademik secara serentak.
Mengakui terdapat kelemahan dan isu ketirisan dalam pentadbiran kerajaan hari ini, namun Asyraf Wajdi berkata sesetengah pihak tidak sepatutnya terlalu cepat menuduh Malaysia sebagai sebuah negara yang gagal.
"Ini tidak bijaksana. Sepatutnya isu ini diatasi secara bersama dan pada masa sama tidak melupakan agenda negara yang lebih besar yang memerlukan penglibatan semua pihak dan tidak hanya membiarkan kerajaan melaksanakan agenda tersebut," katanya.
MES diadakan bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 yang berlangsung mulai esok hingga 9 Dis ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 04 2017
ASYRAF WAJDI: Bercakap soal integriti dan rasuah tidak akan selesai walaupun ada kerajaan baharu sekalipun jika manusia itu sendiri tidak ada nilai. - fotoBERNAMA
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Boleh peraga kemewahan di media sosial tapi hutang wajib bayar - Asyraf Wajdi
Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan mana-mana pihak yang berhutang wajib membayar pinjaman tersebut.
Mara sasarkan jualan usahawan RM100 juta di MIHAS Dubai
Mara menyasarkan untuk meraih potensi jualan mencecah RM100 juta melalui penyertaan 17 usahawan Program Gate to Global (GTG) di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) Dubai.
'You touch you go!' - Asyraf Wajdi ingatkan jangan sorok kes buli di MRSM, IPMa
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan agar tindakan tegas diambil ke atas pengetua terbabit, jika terdapat kes buli yang 'disorokkan'.
Ramli Mohd Nor jadi Orang Asli pertama angkat sumpah ahli MKT UMNO
Jelas beliau, Ramli menjadi Orang Asli pertama yang dilantik sebagai ahli MKT UMNO.
Jangan angkuh, bongkak dengan kemenangan di DUN Mahkota - MKT UMNO
MKT juga berpandangan kemenangan di DUN Mahkota memberikan isyarat jelas bahawa rakyat menerima baik model kerjasama Kerajaan Perpaduan.
'MRSM Terendak paling daif, uzur' - Asyraf Wajdi lulus peruntukan RM400,000 untuk baik pulih
MRSM Terendak yang mempunyai 663 pelajar itu adalah yang paling teruk pernah dilawatinya, sehingga terdapat najis tikus di dapur masak Dewan Selera sekolah berkenaan.
Lagi kes pelajar keracunan makanan, Asyraf Wajdi terjah MRSM Terendak
Kes keracunan makanan di MRSM Terendak melibatkan 48 orang pelajar, dengan enam daripadanya terpaksa masuk ke wad kecemasan.
Pengerusi MARA terjah dewan makan MRSM Mersing
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melakukan terjahan bagi memeriksa keadaan di dewan makan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Mersing, Johor.
'Ini ikan tenggiri?'- Asyraf Wajdi terjah dewan makan MRSM
Menu makan malam yang ditetapkan dalam piawaian Majlis Amanah Rakyat (Mara) didakwa tidak diikuti oleh pengusaha dewan selera Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping, Perak.
Keracunan makanan: Dewan makan MRSM Taiping sudah diarah tutup - Exco Perak
Jabatan Kesihatan Perak telah mengarahkan dewan makan MRSM Taiping ditutup susulan kejadian keracunan makanan yang melibatkan pelajar maktab berkenaan pada 30 dan 31 Ogos lalu.