KUANTAN:Dua anggota polis masing-masing dihukum penjara 36 bulan dan denda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM4,000, lima tahun lepas.
Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain turut memerintahkan Lans Koperal Shafiq Kharidan, 28, dan Koperal Muhamad Nurlizam Ali, 35, dipenjara sembilan bulan lagi jika gagal membayar denda.
Ahmad Zamzani membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan 21 saksi pendakwaan serta tiga saksi pembelaan dan mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Shafiq dan Muhamad Nurlizam didakwa menerima suapan sebanyak RM3,000 dan RM1,000 daripada seorang peniaga sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap dirinya serta seorang lagi rakan kerana memiliki rokok seludup di Jalan FELDA Kechau dan Taman Cahaya di Lipis, pada 23 dan 24 Sept 2016.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama, memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.
Kedua-dua tertuduh yang semasa kejadian bertugas di cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Lipis, dihadapkan ke mahkamah kali pertama pada 15 Ogos 2018.
Pada prosiding itu, peguam Datuk Shukri Mohamad memohon mahkamah membenarkan penangguhan hukuman kerana kedua-dua anak guamnya berhasrat memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut.
"Mereka kini berniaga sendiri selepas digantung kerja dan tidak pernah gagal hadir ke mahkamah setiap kali perbicaraan diadakan. Shafiq walaupun belum berkahwin menanggung ibu bapanya manakala Muhamad Nurlizam mempunyai tiga orang anak," katanya.
Ahmad Zamzani membenarkan permohonan penangguhan hukuman penjara dan denda sehingga rayuan tersebut selesai didengar dan jaminan RM5,000 yang dikenakan sebelum ini dikekalkan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, Nadzirah Zahari. - BERNAMA
Bernama
Fri Feb 05 2021

Lans Koperal Shafiq Kharidan dan Koperal Muhamad Nurlizam Ali didapati bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM4,000, lima tahun lepas.

Runtuhan Lombong | Lima masih hilang, operasi pencarian diteruskan
Beberapa individu tertimbus dalam runtuhan di sebuah lombong haram di Kepulauan Sulawesi, Indonesia pada Khamis. Dalam kejadian yang berlaku di daerah Parigi Moutong di Sulawesi Tengah, 15 individu berjaya diselamatkan. Tiga bagaimanapun menemui ajal.

Bakat Luar Biasa | Harimau menyanyi jadi tarikan orang ramai di zoo
Seekor anak harimau di sebuah zoo di bandar Barnaul, Siberia kini mempunyai peminat di seluruh rusia apabila sebuah video seolah-olah haiwan itu menyanyi tersebar di media sosial. Menerusi paparan video itu, harimau berusia 10 bulan itu mengeluarkan alunan suara unik seakan-akan menyanyi.

Individu ingkar SOP COVID-19 berdepan denda RM10,000 mulai 11 Mac 2021
Individu yang melanggar peraturan atau prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi pencegahan dan kawalan pandemik COVID-19 berdepan hukuman denda maksimum RM10,000 mulai 11 Mac 2021.

No To Lanun | Kehidupan seniman patut lebih senang jika…
Penggiat seni di Malaysia sepatutnya boleh menjalani hidup dengan selesa, malah ramai juga yang mampu bergelar jutawan. Namun perkara itu tidak terjadi kerana hak dan kebajikan mereka tidak dijaga seperti sepatutnya.

Tidak wajar arah pelajar duduki semula peperiksaan - PAGE
Setiausaha Kehormat, Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE), Tunku Munawirah Putra mengesyorkan agar kesemua 401,105 calon SPM diberi markah lulus dan tiada keperluan untuk menduduki semula kertas peperiksaan tersebut.

Barisan Nasional | MIC akan bincang kerjasama Bersatu dengan BN
MIC akan berbincang dengan kepimpinan Barisan Nasional (BN) sama ada akan mempertahan atau menamatkan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Kebakaran Hutan | Kawasan hutan ke Cameron Highlands terbakar
Lebih 12 hektar kawasan hutan di jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands dekat Kampung Chindu terbakar pada petang Khamis. Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 5 petang.

Vaksin COVID-19 | Tiada kesan sampingan setakat ini - PM
Memasuki hari kedua sejak mendapat suntikan vaksin COVID-19, Pfizer-BioNTech pada Rabu lalu. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memaklumkan keadaannya setakat ini baik-baik sahaja. Malah, tiada kesan sampingan dan membuktikan vaksin yang diterima selamat dan diyakini berkesan.

Selepas 24 jam... "Alhamdulillah, tiada gejala langsung" - Dr Noor Hisham
"Alhamdulillah, tiada gejala langsung," itu respon Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kepada Astro AWANI selepas 24 jam beliau disuntik vaksin COVID-19. Malah, Ketua Pengarah Kesihatan itu turut akui tidak mengalami sebarang gejala dan boleh melaksanakan tugasnya seperti biasa.

Pekerja Asing | 294 majikan di Kedah gagal sedia penginapan sesuai
Seramai 294 majikan di Kedah dikesan melakukan pelbagai kesalahan melibatkan penyediaan penginapan yang sesuai kepada pekerja dalam operasi taskforce COVID-19. Antara kesalahan yang dilakukan adalah pekerja dipaksa tinggal di ruang sesak dan tidak selesa selain menempatkan pekerja asing berbeza jantina didalam bilik penginapan yang sama.

Rasuah: Dua anggota polis dipenjara 36 bulan, denda RM25,000
Dua anggota polis dihukum penjara 36 bulan, denda RM25,000 selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM4,000.

Dua anggota polis disyaki lakukan peras ugut direman
Dua anggota polis berpangkat Konstabel dan Lans Koperal direman selama sehari bagi membantu siasatan kes peras ugut seorang pemandu lori.