awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekatan perpindahan pemain Kelantan TRW ditarik balik - MFL
Presiden Filipina Marcos kata kesihatan semakin baik, doktor berikan penilaian positif
Moksu Bedak Sejuk maut dilanggar kereta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasuah: Dua lagi pegawai PBT direman di Sandakan

Bernama
Bernama
24/07/2025
12:57 MYT
Rasuah: Dua lagi pegawai PBT direman di Sandakan
Kedua-dua suspek dipercayai menerima wang rasuah kira-kira RM200,000 melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadi masing-masing daripada kontraktor. - Gambar hiasan
SANDAKAN: Dua lagi pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah membabitkan RM200,000 yang didakwa diterima daripada beberapa kontraktor sejak 2022 sebagai balasan mendapatkan kerja-kerja membaik pulih infrastruktur.
Majistret Yong Ching Hong mengeluarkan perintah tahanan reman hingga 28 Julai itu selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurut sumber, siasatan awal mendapati suspek iaitu seorang lelaki dan wanita masing-masing berumur 20 dan 30-an disyaki telah bersubahat melakukan perbuatan tersebut.
"Penahanan kedua-dua suspek adalah susulan lima tangkapan yang dilakukan baru-baru ini... kedua-dua suspek dipercayai menerima wang rasuah kira-kira RM200,000 melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadi masing-masing daripada kontraktor untuk kerja-kerja membaik pulih laluan pejalan kaki, pagar dan membina semula masjid," katanya.
Sumber juga memaklumkan mereka ditahan antara 7 hingga 8 malam tadi selepas hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM di sini.
Pengarah SPRM Sabah Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi pemberita mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 selain kemungkinan terdapat tangkapan lagi dalam masa terdekat.
Semalam, lima individu termasuk jurutera PBT ditahan reman tujuh hari sehingga 29 Julai ini bagi membantu siasatan kes yang sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pegawai pbt
#reman
#Rasuah
#Kontraktor
#SPRM
#mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan