awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasuah: Lapan kakitangan JPJ antara sembilan direman

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
16/03/2021
06:15 MYT
Rasuah: Lapan kakitangan JPJ antara sembilan direman
Mereka disiasat mengikut Seksyen 16(a) dan 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. - Astro AWANI
ALOR SETAR: Lapan kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah adalah antara sembilan individu yang direman, selepas disyaki terbabit dalam rasuah dan melindungi lori pengangkutan di negeri Kedah.
Tempoh reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majestret, Wan Norfadzilah Wan Ibrahim selama lima hari bermula hari ini sehingga 20 Mac untuk membantu siasatan.
Bagaimanapun suspek kesepuluh dibenarkan diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin.
Kesemua suspek berusia 29 hingga 63 tahun terbabit ditahan dalam operasi khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah di sekitar Alor Setar dan Kulim bermula jam 8.25 pagi hingga 7.45 malam Isnin.
Lapan kakitangan JPJ Kedah termasuk seorang wanita itu disyaki terlibat menerima suapan daripada pengusaha dan pekerja syarikat pengangkutan bagi mengelak tindakan diambil ke atas lori milik syarikat terbabit.
Antara kesalahan dilakukan lori milik syarikat pengangkutan terbabit adalah membawa barangan lebih muatan dan lori tidak mematuhi peraturan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Seorang lagi ialah pesara dipercayai terbabit menjadi orang tengah syarikat pengangkutan terbabit dalam berurusan bersama kakitangan penguatkuasaan berkenaan.
Mereka disiasat mengikut Seksyen 16(a) dan 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Operasi SPRM Kedah itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan sama dilakukan kakitangan JPJ Pulau Pinang yang ditahan pada 2019.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap, ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan memaklumkan kenyataan penuh berhubung operasi akan dibuat SPRM Putrajaya dalam tempoh terdekat.
Topic Berkaitan
#JPJ
#kes mahkamah
#Jabatan Pengangkutan Jalan
#Kedah
#reman
#Rasuah
#lori pengangkutan
#terima suapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan