awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Israel ugut kepimpinan Iran pada hari pertama serangan - Penasihat tertinggi
DUNIA
Iran kemuka aduan kepada PBB berhubung serangan Israel ke atas sektor kesihatan
MALAYSIA
Kajian pasaran tentukan kadar tambang RTS Link – Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Rasuah lesen cari gali: Dua ADUN, seorang ahli perniagaan akan didakwa hari ini

Bernama
Bernama
30/06/2025
00:15 MYT
Rasuah lesen cari gali: Dua ADUN, seorang ahli perniagaan akan didakwa hari ini
Pada 18 Jun lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan penahanan seorang ADUN dan seorang ahli perniagaan kerana disyaki meminta dan menerima suapan kira-kira RM200,000 membabitkan isu pengeluaran lesen cari gali di Sabah.
KOTA KINABALU: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah dan seorang ahli perniagaan akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini berhubung skandal rasuah berkaitan lesen perlombongan mineral di negeri ini.
Kesemua mereka akan didakwa mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, iaitu memberikan wang rasuah dan Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 kerana menerima wang rasuah.
Pada 18 Jun lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan penahanan seorang ADUN dan seorang ahli perniagaan kerana disyaki meminta dan menerima suapan kira-kira RM200,000 membabitkan isu pengeluaran lesen cari gali di Sabah.
Menurut sumber, ADUN berumur 60-an dan ahli perniagaan berumur 30-an itu dipercayai melakukan perbuatan itu pada 2023 dan 2024.
Pada 23 Jun lepas, Azam turut mengesahkan penahanan seorang lagi ADUN kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah berjumlah kira-kira RM150,000 atas skandal yang sama.
Sumber memaklumkan ADUN berumur 40-an yang juga seorang Pembantu Menteri kerajaan negeri dipercayai melakukan perbuatan terbabit pada 2023 dan 2024.
Ahli perniagaan itu telah dilepaskan dengan jaminan RM100,000 berserta dua penjamin setelah selesai memberikan keterangan manakala kedua-dua ADUN itu turut dilepaskan selepas keterangan diambil, masing-masing dengan jaminan RM50,000 berserta seorang penjamin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ADUN Sabah
#SPRM
#Rasuah
#lesen cari gali
#lombong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami