awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion
Sembilan ekar Hutan Simpan Kuala Langat masih terbakar - JBPM Selangor
Nilai transaksi SARA cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025 - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasuah: Pemangku CEO, pengurus jualan GLC direman enam hari

Bernama
Bernama
20/01/2017
03:57 MYT
Rasuah: Pemangku CEO, pengurus jualan GLC direman enam hari
Mereka dilaporkan ditahan di kediaman masing-masing di Tropicana Indah, Petaling Jaya dan Taman Desa, Jalan Klang Lama, kira-kira 12 tengah hari semalam. - Foto SPRM
Dua individu termasuk pemangku ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bergelar 'Datuk' direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa projek pasport elektronik (e-pasport) di sebuah negara di benua Afrika.
Turut direman ialah pengurus jualan antarabangsa GLC terbabit.
Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman kedua-dua lelaki, masing-masing berusia 58 dan 36 tahun itu sehingga 25 Jan ini.
Kedua-dua suspek yang memakai baju lokap berwarna jingga dengan tangan bergari tiba di Mahkamah Majistret di sini pada 8.55 pagi dan mereka akan disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
Mereka dilaporkan ditahan di kediaman masing-masing di Tropicana Indah, Petaling Jaya dan Taman Desa, Jalan Klang Lama, kira-kira 12 tengah hari semalam.
Menurut sumber SPRM, sejumlah mata wang asing merangkumi euro, dolar Amerika dan mata wang negara Afrika bernilai kira-kira RM100,000 yang ditemui di kediaman CEO tersebut turut disita semalam.
Katanya beberapa individu akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.
Semalam, Bernama yang memetik sumber SPRM, melaporkan suspek dipercayai melakukan kegiatan itu antara 2013 dan 2015 dengan menyalahgunakan kedudukan mereka untuk meminta rasuah daripada pemilik sebuah syarikat swasta dari luar negara bagi pelaksanaan e-pasport.
Menurut sumber itu juga SPRM membekukan beberapa akaun milik CEO tersebut, isteri serta anaknya yang mengandungi wang berjumlah kira-kira RM1 juta. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Afrika
#CEO
#e-pasport
#GLC
#pemangku ketua pegawai eksekutif
#projek pasport elektronik
#rasuah dan penyalahgunaan kuasa
#reman
#SPRM
#syarikat berkaitan kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan