KUALA LUMPUR: Seorang pegawai penyiasat dalam kes terowong dasar laut melibatkan Lim Guan Eng menafikan di Mahkamah Sesyen hari ini bahawa beliau "menggelapkan" fakta mengenai perbualan WhatsApp yang merujuk kepada "Big Boss" bertujuan supaya bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu didakwa atas pertuduhan rasuah.
Pegawai Penyiasat di Jabatan Forensik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wan Mohd Firdaus Wan Yusof turut menafikan beliau diberi arahan secara spesifik untuk tidak memasukkan fakta dalam laporan forensik mengenai "Big Boss" agar Lim menghadapi pertuduhan yang tidak benar.
Perkataan "Big Boss' itu terkandung dalam laporan forensik melibatkan perbualan WhatsApp antara ahli perniagaan G. Gnanaraja dan Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZCSB) Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli.
Namun, saksi pendakwaan kelapan itu tidak bersetuju cadangan peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Lim bahawa penggelapan fakta tersebut merupakan sesuatu yang dilakukan untuk mendakwa Lim.
Pada perbicaraan sebelum ini, mahkamah diberitahu perbualan WhatsApp antara Gnanaraja kepada Zarul Ahmad antara lain menyebut pemberian "coklat RM2 juta" untuk "Big Boss".
Ketika menyoal balas saksi, Gobind berkata sebahagian kandungan perbualan yang didakwa "digelapkan" oleh Wan Mohd Firdaus adalah satu ayat "had a good birthday cutting cake with Big Boss" antara Gnanaraja dan Zarul Ahmad pada 9.41 pagi, 23 Julai 2017.
Gobind: Kamu tahu 23 Julai itu tarikh lahir siapa? Ia bukan tarikh lahir anak guam saya.
Wan Mohd Firdaus: Saya tidak tahu.
Gobind: Saya cadangkan 23 Julai itu adalah tarikh lahir Datuk Seri Najib Tun Razak.
Wan Mohd Firdaus: Saya tidak tahu.
Saksi itu juga tidak bersetuju dengan cadangan Gobind bahawa beliau diarahkan untuk tidak membawa laporan asal (yang diberikan ke Mahkamah Shah Alam) dengan tujuan menggelapkan fakta mengenai "Big Boss" pada perbicaraan kes Lim.
Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Lim, 60, didakwa sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan wang berjumlah RM3.3 juta, dengan membantu syarikat milik Zarul Ahmad dilantik bagi melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang bernilai RM6,341,383,702.
Lim didakwa melakukan perbuatan itu antara Jan 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh daripada Zarul sebagai upah bagi membantu syarikat milik ahli perniagaan itu dilantik untuk projek sama.
Lim didakwa melakukan perbuatan itu berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini antara 12.30 tengah malam dan 2 pagi pada Mac 2011.
Beliau juga berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik kerajaan negeri Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri itu yang didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.
Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung 18 Sept ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 28 2023
Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (tengah) hadir di Mahkamah Sesyen bagi sambung perbicaraan kes rasuahnya membabitkan empat pertuduhan membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di Pulau Pinang. - BERNAMA
Tempat kediaman tertinggi dunia akan dibina di Dubai
Ia akan memintas menara Central Park Tower di New York yang berketinggian 472 meter.
PM ingatkan tidak buat tohmahan, fitnah sesuka hati
Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengingatkan pihak-pihak ini untuk tidak menyebarkan kenyataan yang tidak berasas.
AWANI Ringkas: Gaji dan elaun penjawat awam lebih RM2,000
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Laporan Bank Dunia: Puad cabar Fadhlina bermalam di rumah panjang, rasai kesukaran belajar di pedalaman
Puad Zakarshi mencabar Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk bermalam di rumah panjang bagi merasai sendiri kepayahan pelajar untuk mendapatkan pendidikan
Operasi darat Israel di Rafah akan cetus bencana kemanusiaan - WHO
Netanyahu berikrar pada Selasa, untuk menyerang Rafah, walaupun terdapat laporan kemungkinan perjanjian gencatan senjata dengan Hamas.
MoT pantau rapi situasi letusan Gunung Ruang - Loke
Setakat ini letusan gunung berapi berkenaan telah menjejaskan sedikit ruang udara di Tawau, Sabah menyebabkan beberapa penerbangan ke daerah itu terpaksa dilencongkan.
SPRM Kelantan tahan pegawai kanan KADA buat tuntutan palsu
Lelaki berusia 40-an itu ditahan pada 9.30 malam tadi selepas dipanggil ke pejabat SPRM untuk diambil keterangan.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines sambung semula beberapa penerbangan ke Sabah, Labuan
Penerbangan yang terlibat ialah MH2660D (KUL-TWU) yang pada awalnya MH2660, serta MH2661D (TWU-KUL), pada mulanya MH2661.
SPRM tahan CEO syarikat pembekalan air, pemilik syarikat
Kedua-dua lelaki berusia 38 dan 35 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira pukul 4 petang semalam bagi membantu siasatan.
Menteri Kabinet zahir penghargaan kepada warga pekerja
Hari Pekerja disambut pada 1 Mei setiap tahun bagi meraikan sumbangan warga pekerja dengan sambutan tahun ini yang bertemakan 'Pekerja Kesuma Bangsa'.
Rasuah projek terowong: Guan Eng berjaya dapatkan laporan perbualan WhatsApp
Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan permohonan Lim Guan Eng untuk mendapatkan laporan forensik perbualan di aplikasi WhatsApp antara dua ahli perniagaan dalam perbicaraan kes rasuah membabitk