awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasuah RM10,000, bekas Pengarah Maritim Tanjung Sedili diarah bela diri

Sinar Harian
Sinar Harian
18/12/2024
10:20 MYT
Rasuah RM10,000, bekas Pengarah Maritim Tanjung Sedili diarah bela diri
Mohd Zulfadli diarah membela diri oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas tuduhan menerima suapan berjumlah RM10,000, empat tahun lalu.
JOHOR BAHRU: Mahkamah Sesyen di sini, pada Rabu mengarahkan bekas Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Sedili, membela diri atas tuduhan menerima suapan berjumlah RM10,000, empat tahun lalu.
Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, Mohd Zulfadli Nayan, 43, di akhir kes pendakwaan.
Peguam Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly yang mewakili tertuduh kemudian memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah ketika prosiding bela diri.
Mohd Fazaly turut memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan mengemukakan antara tujuh atau lapan saksi ketika prosiding bela diri yang dijadualkan selama tujuh hari iaitu pada 8, 13 dan 14 Januari; 17 dan 20 Februari serta 3 dan 4 Mac 2025.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Zander Lim Wai Keong.
Pada 23 Mei 2021, tertuduh yang kini digantung tugas sebagai Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan Hubungan dan Koordinasi Antarabangsa Ibu Pejabat Maritim Malaysia mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan terbabit.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Mohd Zulfadli didakwa menerima suapan wang tunai berjumlah RM10,000 daripada pemilik syarikat perkapalan, Wan Mohd Fauzi Wan Kamaruddin di sebuah restoran di Jalan Yahya Awal di sini, pukul 10 malam, pada 2 Oktober 2020.
Mohd Zulfadli didakwa menggunakan jawatannya ketika itu untuk tidak mengambil tindakan terhadap siasatan kapal MT Singa Gangsa milik Alamgala Resources Sdn Bhd yang ditahan KM Mulia, Maritim Malaysia Zon Maritim Tanjung Sedili pada 17 September 2020. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kes rasuah
#Maritim Malaysia
#pengarah
#Tanjung Sedili
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan