Tiga pegawai undang-undang negeri Pulau Pinang direman sehingga enam hari bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan suapan sebanyak RM500,000 daripada orang awam.
Tertuduh pertama direman enam hari manakala dua yang lain direman tiga hari bagi membantu siasatan.
Reman dikeluarkan Majistret Nur Shahida Abdul Rahim.
Terdahulu, ketiga-tiga pegawai undang-undang itu dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar untuk mendapatkan perintah reman.
Ketiga-tiga suspek tiba jam 10.40 pagi diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah.
Menurut Pengarah SPRM Kedah Datuk Shaharom Nizam Abd Manap, suspek pertama berusia 42 tahun ditahan di sebuah hotel di Pulau Pinang pada 12.15 tengah hari Isnin, manakala dua lagi suspek berusia 29 dan 52 tahun ditahan di pejabat SPRM Kedah pada 10.15 dan 10.38 malam tadi.
SPRM Kedah tahan tiga pegawai undang-undang Pulau Pinang minta suapan RM500,000
Katanya, siasatan awal mendapati suspek dipercayai meminta rasuah sebanyak RM500,000 dan sudah menerima RM100,000 daripada seorang orang awam sebagai balasan bagi memastikan kes komersial yang dilaporkan oleh orang awam tersebut dituduh di mahkamah.
Shaharom Nizam berkata pihak SPRM juga telah melakukan pemeriksaan di pejabat serta rumah kesemua suspek dan menemui serta menyita sejumlah wang tunai.
Kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda maksimum lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Jun 02 2020
Ketiga-tiga suspek ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar pagi ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman. -Astro AWANI
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Rasuah RM500,000: Tiga pegawai undang-undang Pulau Pinang direman sehingga 6 hari
Suspek dipercayai meminta rasuah RM500,000 dan sudah menerima RM100,000 daripada orang awam sebagai balasan memastikan kes dituduh di mahkamah.