Tiga ejen tarik kereta tidak berdaftar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas empat pertuduhan meminta dan menerima rasuah tahun lalu.
Tertuduh Mohamad Noor Jemain, 32, G. Saravanan, 36, dan J. Sibasankaran, 38, membuat pengakuan tersebut dihadapan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir.
Mengikut kertas pertuduhan pertama, ketiga-tiga tertuduh didakwa meminta suapan sebanyak RM5,000 daripada Mohd Fadhirul Mohd Sabri, 28, sebagai dorongan untuk tidak menarik kereta yang dikatakan tidak membuat bayaran ansuran bulanan kepada pihak bank.
Bagi pertuduhan kedua, kesemua mereka dituduh meminta suapan sebanyak RM3,000 sebagai dorongan sama ke atas individu yang sama.
Bagi pertuduhan ketiga, kesemua tertuduh didakwa bersetuju menerima suapan sebanyak RM2,000 sebagai dorongan sama ke atas individu yang sama.
Manakala pertuduhan keempat pula, kesemua tertuduh didakwa menerima RM2,000 daripada individu sama atas dorongan yang sama.
Kesemua kesalahan dilakukan di stesen minyak di Taman Universiti, Johor Bahru antara jam 4.30 hingga 6.30 petang pada 9 September tahun lalu.
Ketiga-tiga tertuduh diarahkan oleh hakim untuk membayar RM32,000 wang jaminan setiap seorang bagi empat pertuduhan.
Mereka didakwa di bawah Seksyen 16 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Raya SPRM, Ridzuan Abd Malek, manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Shaik Saleem S.M. Daud.
Mahkamah menetapkan 22 Februari ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Astro Awani
Mon Jan 16 2017
Ketiga-tiga tertuduh diarahkan oleh hakim untuk membayar RM32,000 wang jaminan setiap seorang bagi empat pertuduhan. - Gambar hiasan
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Rasuah: Tiga ejen tarik kereta tidak mengaku bersalah 'peras' wang suapan
Tiga individu itu dituduh meminta dan menerima rasuah sebagai dorongan untuk tidak menarik kereta yang dikatakan tidak membuat bayaran ansuran bulanan kepada pihak bank.