KUALA LUMPUR : Setelah beberapa bulan kita berada di bawah perintah darurat, 26 Julai 2021 ini, negara akan menyaksikan Parlimen akan dibuka semula.
Kesempatan ini begitu ditunggu oleh rakyat agar pelbagai perkara dapat dibincangkan dengan lebih terbuka dan efisien.
Pasukan #RasuahBusters menegaskan bahawa ini juga adalah peluang terbaik untuk ke semua barisan pucuk pimpinan di negara ini untuk fokus dalam mencari solusi yang tuntas kepada 3 isu teras yang perlu diletakkan sebgai keutamaan rakyat iaitu COVID-19, rasuah dan ekonomi.
MENGURUS KESTABILAN
Kestabilan rantaian kehidupan dan ekosistem melalui pengurusan COVID-19, rasuah dan ekonomi perlu mendahului senarai keutamaan dalam apa juga topik perbahasan. Sama ada pihak kerajaan mahupun pembangkang, sewajarnya mengenepikan sebarang bentuk pertelagahan tentang kekuasaan, politik, pilihan raya atau apa saja isu lain yang boleh menggugat fokus terhadap kepentingan rakyat Malaysia.
Protokol pengurusan wabak COVID-19 memerlukan libat urus semua pihak agar isu kritikal ini diselia dan diperluas dengan lebih berkesan untuk meraih sokongan pelbagai peringkat masyarakat.
Landskap ekonomi akibat COVID-19 yang berubah selari norma baharu juga belum dapat menjanjikan sebarang kepastian atau harapan untuk ekonomi dapat dibangun semula dalam jangka masa terdekat.
Untuk itu, ruang kelegaan melalui bantuan yang diberikan wajar disusuli dengan pelan dan garis panduan yang mapan dan lestari yang diperincikan untuk rakyat bergerak bersama ke arah pemulihan ekonomi yang munasabah.
RASUAH ADALAH AGENDA
Selain dua isu utama tersebut para pemimpin perlu sedar bahawa rasuah, atau bentuk-bentuk penyelewengan kuasa adalah virus dan penyakit moral yang boleh meruntuhkan apa sahaja sistem pemulihan yang sedang dibina.
Evolusi rasuah akibat terjejasnya ekonomi dan struktur sosial berpotensi untuk tumbuh di segenap peringkat jika tidak dihalang. Langkah mengupaya transformasi nilai yang serius perlu diambil kerana pengabaian terhadap budaya rasuah yang dibiar berleluasa akan memusnah dan mensia-siakan segala bentuk usaha semua pihak.
Prosedur akauntibiliti, pelaporan yang tulus dan telus perlu disemak dengan undang-undang yang dipertegas dalam menghidupkan sebuah Negara yang berintegriti terutama ketika proses pemulihan negara sedang berlangsung. Jika isu rasuah ini gagal menjadi keutamaan, kita harus sedia menyaksikan nyawa dan kehidupan rakyat semakin terancam dan masa depan Negara yang semakin tenggelam.
KUASA ADALAH AMANAH
#RasuahBusters percaya bahawa usaha yang terfokus pada waktu ini akan menatijahkan impak yang bermakna. Maka, sebagai tampuk yang memegang amanah, wakil-wakil rakyat harus sedar bahawa, perkara yang paling penting pada saat ini adalah membebaskan sebarang ancaman terhadap nyawa rakyat, dari sudut kesihatan dan dalam masa yang sama terpaksa berdepan dengan tekanan jiwa dan ekonomi yang begitu menghimpit.
Menjayakan semuanya ini, memerlukan komitmen yang padu, tegas dan jelas. #RasuahBusters meletakkan harapan yang tinggi agar barisan kepimpinan negara menjadikan Parlimen yang akan dibuka semula sebagai sebuah medan diskusi yang matang dan berorientasikan solusi dengan mendukung 3 teras utama tersebut, mendahulukan kepentingan rakyat, mengatasi kepentingan peribadi demi sebuah transformasi #NilaiMoralKarakterBangsa ke arah kestabilan negara Malaysia.
Dengan kemajuan teknologi, amat mudah untuk rakyat memerhati. Jadikanlah persidangan Parlimen kali ini sebaik-baik masa untuk melunaskan tanggungjawab dan amanah yang dijanji.
HUSSAMUDDIN YAACUB
Ketua Pasukan #RasuahBusters
Shah Alam, 24 Julai 2021
Kenyataan Media
Sat Jul 24 2021
Pasukan #RasuahBusters menegaskan bahawa ini juga adalah peluang terbaik untuk ke semua barisan pucuk pimpinan di negara ini untuk fokus dalam mencari solusi yang tuntas kepada tiga isu teras.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
'Menteri bebas rasuah berdasarkan pemantauan pihak berkuasa' - Anwar jawab Syed Saddiq
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar meneliti ucapannya berhubung barisan menteri Kabinet yang bersih daripada rasuah.
Tuntutan palsu: SPRM tahan lima penjawat awam di Sabah
Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Dakwaan bukan Islam paling ramai rasuah, Sanusi perlu mohon maaf - Anthony
DAP mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Muhammad Sanusi yang mengaitkan masyarakat bukan Islam sebagai pemberi dan penerima rasuah terbanyak.
Rasuah: Ramai terpalit, nak cari yang bersih cukup susah - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad tidak akan mengizinkan amalan rasuah melibatkan barisan menteri Kabinet di bawah kepimpinannya.
Jenayah rentas sempadan: Negara anggota FBINAA perlu ada set undang-undang seragam - Zahid
Kerjasama antara negara anggota mampu mengekang daripada membuka pintu untuk menyebarkan aktiviti haram, tegas TPM.
Kes Jana Wibawa: SPRM sedang kesan 'Datuk Roy'
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi hari ini mengesahkan perkara itu.
Seorang penguat kuasa ditahan SPRM terima suapan RM1,800
Pegawai penguat kuasa ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kerana disyaki menerima rasuah berjumlah kira-kira RM1,800.
Rasuah: Langkah gergasi untuk sebuah transformasi
Keputusan skor Malaysia yang jatuh 1 mata daripada tahun 2021 menunjukkan skor persepsi rasuah amat dipengaruhi oleh beberapa perkara.
Penjawat awam berdepan 16 pertuduhan terima rasuah RM45,000
Seorang penjawat awam dihadapkan ke Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu di sini hari ini atas 16 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM45,000, pada tujuh dan enam tahun lalu.
SPRM tahan lelaki terlibat kes penipuan bernilai RM730,000
Seorang lelaki ditahan SPRM Sabah dipercayai terlibat dengan satu penipuan bernilai RM730,000.