awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ratu Elizabeth II akan dikenang kerana dedikasi luar biasa baginda - Pesuruhjaya Tinggi Britain

Bernama
Bernama
09/09/2022
06:39 MYT
Ratu Elizabeth II akan dikenang kerana dedikasi luar biasa baginda - Pesuruhjaya Tinggi Britain
Istana Buckingham pada Khamis mengumumkan Ratu Elizabeth II, raja paling lama berkhidmat di Britain, mangkat pada usia 96 tahun. - REUTERS
KUALA LUMPUR: Ratu Britain Ratu Elizabeth II akan dikenang atas dedikasi luar biasanya yang menumpukan seluruh hayatnya untuk berkhidmat kepada Britain, kerajaan beraja dan Komanwel, kata Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia Charles Hay.
Beliau mengucapkan takziah kepada kerabat diraja dan rakyat Britain yang berdukacita atas kemangkatan baginda.
Hay berkata beliau dan rakan-rakannya menerima banyak ucapan takziah dan penghormatan daripada rakan-rakan mereka di Malaysia.
"Kami sangat berterima kasih atas ingatan dan penghormatan yang dizahirkan terhadap baginda di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama.
Istana Buckingham pada Khamis mengumumkan Ratu Elizabeth II, raja paling lama berkhidmat di Britain, mangkat pada usia 96 tahun.
Beliau berkata bendera akan dikibarkan separuh tiang sebagai penghormatan kepada Ratu sehingga Pengebumian Negara berlangsung dalam tempoh 10 hari lagi.
"Buku takziah digital kini tersedia di www.royal.uk untuk mereka yang ingin memberikan penghormatan," katanya.
Hay berkata buku ucapan takziah akan dibuka kepada orang ramai di Malaysia dari 12 hingga 15 Sept di Menara Binjai, 2, Jalan Binjai, Kuala Lumpur, dari 8 pagi hingga 4.30 petang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ratu Elizabeth II
#Pesuruhjaya Tinggi Britain
#Charles Hay
#kemangkatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan