awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
JAS kenal pasti premis berpotensi punca air hitam di kolam tadahan Bukit Rambai
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ratu Elizabeth II diletak bawah pemantauan kesihatan, kerabat bergegas untuk bersama

Agensi
Agensi
08/09/2022
11:58 MYT
Ratu Elizabeth II diletak bawah pemantauan kesihatan, kerabat bergegas untuk bersama
Pengumuman oleh Istana Buckingham dibuat selepas Ratu Elizabeth, 96 tahun membatalkan mesyuarat Majlis Privy atas nasihat doktor. - Gambar fail/REUTERS
KUALA LUMPUR: Ratu Elizabeth II kini diletakkan di bawah pemantauan kesihatan.
Dalam satu kenyataan rasmi oleh Istana Buckingham pada Khamis, doktor yang merawatnya menasihatkan baginda diletakkan dalam pemantauan.
Baginda ratu juga dinasihatkan berehat susulan daripada kebimbangan doktor terhadap tahap kesihatannya ketika ini.
"Berikutan penilaian lanjut pagi ini, doktor yang merawat ratu prihatin dengan keadaan kesihatan baginda dan telah menasihatkan ratu agar diletakkan di bawah pemantauan kesihatan.
"Keluarga terdekatnya telah dimaklumkan," menurut kenyataan itu.
Baginda kini berada di Istana Balmoral di Scotland.
Pengumuman itu dibuat selepas Ratu Elizabeth, 96 tahun membatalkan mesyuarat Majlis Privy.
Perdana Menteri United Kingdom (UK) yang baharu dilantik, Liz Truss dalam kenyataannya di Twitter berkata, seluruh negara amat prihatin dengan berita itu.
"Ingatan saya, bersama rakyat di seluruh United Kingdom adalah pada baginda ratu dan keluarga ketika ini," katanya ringkas.
Dilaporkan pewaris takhta Britain, Putera Charles dan Camilla, Duchess of Cornwall kini dalam perjalanan ke Istana Balmoral.
Mereka turut disertai Duke of Cambridge, Putera William, maklum Istana Kensington.
Topic Berkaitan
#Ratu Elizabeth II
#Istana Balmoral
#United Kingdom
#london bridge
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan