awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Azalina bentang Kerangka Akauntabiliti MADANI di CLMM 2026 Fiji
“Melaka Tourism Passport” tawar penjimatan hingga RM268 bagi 63 produk pelancongan
Vietnam mulakan pembinaan stadium terbesar dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ratu Elizabeth II jalankan tugas pertama sejak kemangkatan Putera Philip

Astro Awani
Astro Awani
14/04/2021
15:23 MYT
Ratu Elizabeth II jalankan tugas pertama sejak kemangkatan Putera Philip
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Ratu Elizabeth II mengurangkan tugas rasmi diraja. - Gambar fail/ Reuters
RATU Elizabeth II telah memulakan tugas diraja pertama selepas kemangkatan Duke of Edinburgh pada Jumaat.
Baginda menghadiri acara di Istana Windsor bagi upacara peletakan jawatan secara rasmi Earl Peel sebagai Lord Chamberlain dalam satu majlis tertutup.
Earl Peel mengumumkan peletakan jawatan tahun lepas dan akan digantikan oleh Andrew Parker, bekas ketua MI5.
Namun beliau akan mengurus segala acara berkaitan upacara pemakaman Putera Philip sebelum tugasnya diambil alih Parker.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Ratu Elizabeth II mengurangkan tugas rasmi diraja, yang kebanyakannya dilaksanakan oleh Putera Charles, Putera William serta ahli keluarga diraja yang lain.
Keluarga Diraja Britain kini sedang menjalani tempoh berkabung selama dua minggu susulan kematian Putera Philip.
Philip yang berada di samping Ratu Elizabeth II selama 69 tahun, mangkat di Istana Windsor pada Jumaat.
Duke of Edinburgh secara rasminya telah berkahwin dengan baginda sejak tahun 1947.
Upacara pemakaman Putera Philip akan berlangsung di Istana Windsor pada Sabtu.
Topic Berkaitan
#Boris Johnson
#Ratu Elizabeth II
#Putera Philip
#memulakan tugas rasmi
#kemangkatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan