awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
JAS kenal pasti premis berpotensi punca air hitam di kolam tadahan Bukit Rambai
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ratu Elizabeth lantik perdana menteri baharu UK di Scotland atas faktor kesihatan

Bernama
Bernama
26/08/2022
09:49 MYT
Ratu Elizabeth lantik perdana menteri baharu UK di Scotland atas faktor kesihatan
Ratu Elizabeth II, 96, akan melantik perdana menteri baharu United Kingdom di Istana Balmoral, Scotland dan bukan di Istana Buckingham, London susulan isu kesihatan yang dihadapinya. - Gambar fail
MOSCOW: Ratu Elizabeth II, 96, akan melantik perdana menteri baharu United Kingdom di Istana Balmoral, Scotland dan bukan di Istana Buckingham, London susulan isu kesihatan yang dihadapinya, lapor Sputnik.
Baginda ratu dilaporkan membatalkan cutinya untuk melantik perdana menteri baharu iaitu Liz Truss atau Rishi Sunak, pada 6 September.
"Ratu Elizabeth dinasihatkan untuk tidak melakukan perjalanan ... Mungkin bukan pilihan terbaik untuk baginda mengembara 1,000 batu ke sana dan kembali semula dalam tempoh 48 jam apabila bakal perdana menteri boleh pergi ke Balmoral dengan mudah," menurut sumber kepada The Sun.
Bagaimanapun, Ratu Elizabeth II memutuskan untuk melantik perdana menteri baharu itu sendiri walaupun anaknya Putera Charles boleh berbuat demikian.
Truss dan Sunak adalah dua calon terakhir dalam sesi pemilihan mengisi jawatan perdana menteri, selepas Perdana Menteri UK Boris Johnson mengumumkan peletakan jawatannya pada 7 Julai lepas.
Semasa pusingan terakhir, semua ahli parti - kira-kira 200,000 orang akan menjalankan tanggungjawab mereka memilih perdana menteri baharu UK.
Sesi pengundian akan dilakukan melalui pos.
Pengganti Johnson akan diumumkan pada 5 September.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ratu Elizabeth
#Istana Balmoral
#Istana Buckingham
#Liz Truss
#london bridge
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan