Gangguan bekalan air yang sering berlaku di Lembah Klang bukan hanya membebankan malah ia boleh menjejaskan perkhidmatan kesihatan terutama kepada individu yang perlu menjalani rawatan dialisis.
Penolong Pengurus Seksyen Perancangan Strategik Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) Muhammad Hafiz Bahari berkata perkhidmatan itu tidak dapat dijalankan sekiranya tiada bekalan air di pusat rawatan dialisis.
"Air ini kegunaannya adalah untuk mencuci buah pinggang pesakit, bagaimanapun ia perlu disuling terlebih dahulu sebelum digunakan, jadi jika tiada air, pusat dialisis tidak boleh beroperasi," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata YIDE, yang kini mengendali enam pusat dialisis di sekitar Selangor dan mempunyai 258 pesakit, terpaksa menjadualkan semula rawatan terhadap mereka berikutan masalah ketiadaan air di pusat itu.
"Kita sudah membuat permohonan kepada Air Selangor Sdn Bhd untuk menghantar lori tangki ke pusat dialisis kami semalam tetapi sehingga sekarang masih tidak sampai, mungkin ada tempat yang lebih memerlukan," katanya.
Sementara itu, seorang pengusaha restoran Datuk Hakimsa Abdul Karim berkata beliau terpaksa membelanjakan sebanyak RM1,500 untuk membeli pinggan dan cawan pakai buang bagi kegunaan pelanggan sejak gangguan bekalan air berlaku pada Khamis lepas.
"Kita gunakan cawan pakai buang dan alas plastik bagi mengurangkan penggunaan air agar restoran kita dapat beroperasi terutama ketika gangguan bekalan air berlaku kerana orang akan memilih untuk makan di luar berbanding masak sendiri," katanya yang memiliki dua restoran di Seksyen 7 di sini.
Bagi pengusaha tadika Masyita Jaafar, pihaknya sentiasa bersedia dengan bekas yang boleh digunakan untuk mengisi air jika berlaku gangguan bekalan.
Pengusaha Tadika Anakku Soleh itu, yang beroperasi di Kota Kemuning di sini, berkata sekiranya gangguan bekalan air berlaku lebih tiga hari, beliau akan meminta ibu bapa mendermakan air kepada tadika berkenaan.
"Air yang disimpan di dalam tong hanya untuk kegunaan mandi dan membersihkan kanak-kanak, bagi membancuh minuman dan memasak pula, kita menggunakan air mineral kerana ia lebih selamat," katanya yang menjaga seramai 30 kanak-kanak berusia lingkungan 3 bulan hingga enam tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 05 2020

Penolong Pengurus Seksyen Perancangan Strategik YIDE Muhammad Hafiz Bahari berkata perkhidmatan itu tidak dapat dijalankan sekiranya tiada bekalan air di pusat rawatan dialisis. - Gambar fail/BERNAMA

Kemuka borang bantuan banjir palsu, bekas pengerusi JPKK didenda RM5,000
Seorang warga emas didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen atas kesalahan mengemukakan borang bantuan banjir yang mengandungi butiran palsu, tahun lepas.

Siti Nordiana ‘hilang suara’, kes saman ditangguhkan
Prosiding kes saman Siti Nordiana Alias terhadap lima individu termasuk dua artis iaitu Lan Solo dan Syura, ditangguhkan selepas penyanyi itu hilang suara.

Adam Radlan berdepan enam lagi kes AMLA
Adam Radlan, 42, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Datuk Anita Harun.
T20 guna petrol RON95 purata RM399 sebulan
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menambah, kerajaan berharap
jaringan perlindungan sosial dapat dibincangkan dengan lebih mendalam.
jaringan perlindungan sosial dapat dibincangkan dengan lebih mendalam.
AWANI Ringkas: SPRM sedia beri justifikasi | Agihan subsidi perlu pendekatan baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Curi Honda City di pusat cuci kenderaan, lelaki dipenjara setahun
Seorang lelaki yang tular mencuri sebuah kereta jenis Honda City Hatchback di premis cuci kenderaan minggu lalu, dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa.
Keputusan rayuan Isa Samad pada 31 Januari 2024
Mahkamah Rayuan menetapkan 31 Januari tahun depan, untuk menyampaikan keputusan dalam rayuan yang dikemukakan oleh bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad.
Fahamkan rakyat tentang IDN dan e-invois - YB Arau
"Kita minta supaya kerajaan terang kepada rakyat, banyak yang tak faham, beri faham dahulu baru kita laksanakan," kata YB Arau.
"Sistem e-invois akan diperkenalkan pada 1 Januari 2024, sempatkah rakyat Malaysia difahamkan dan buat persediaan?" tambahnya.
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
"Sistem e-invois akan diperkenalkan pada 1 Januari 2024, sempatkah rakyat Malaysia difahamkan dan buat persediaan?" tambahnya.
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat

Agong, Putera Albert II lawat pusat konservasi Harimau Malaya, gajah
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Putera Monaco Putera Albert II berkenan melawat dua pusat konservasi haiwan yang terletak di Lanchang.

Budaya jual vape tanpa kira umur sukarkan usaha kawal jual beli
Budaya peniaga yang menjual produk merokok, seperti rokok elektronik atau vape kepada pembeli tanpa mengira umur, menyukarkan usaha kerajaan untuk mengawal penjualan dan pembelian.

Penting untuk tingkatkan kesedaran terhadap kesihatan buah pinggang
Menurut Dr Wong Hin Seng, antara punca utama ESKD ialah diabetes, diikuti penyakit darah tinggi.

Polis Itali hantar buah pinggang guna Lamborghini
Organ tersebut dihantar dari Padua di timur laut Itali ke hospital di Modena dan ibu kota Rom.

Bukan berpunca dari ubat kurus! Shahrulezad dedah buah pinggang Nad Zainal dalam keadaan baik
Shahrulezad berkata kadar kebergantungan Nanad pada mesin oksigen pun semakin berkurangan.

Ubat batuk buatan India didakwa punca 66 kematian di Gambia - WHO
WHO juga mengeluarkan amaran produk perubatan dan meminta pengawal selia mengeluarkan barangan Maiden Pharma daripada pasaran.

Jual buah pinggang untuk beli iPhone 14? Doktor Thailand tegaskan jenaka itu tidak beretika
Di Thailand, frasa jual buah pinggang untuk iPhone 14 dilihat berleluasa hingga menjadi tular di beberapa platform media sosial.

Lebih 200 batu karang dalam buah pinggang
Pesakit berkenaan mengalami sakit teruk di bahagian kiri perutnya sejak lebih lima bulan lalu.

'Hadiah paling bermakna' - Lelaki derma buah pinggang buat bapa
Pemindahan buah pinggang untuk ayahnya merupakan hadiah paling bermakna dan berharga yang pernah dia berikan kepada insan istimewa ini.

Perokok dijangkiti COVID-19 berdepan komplikasi dua kali ganda lebih teruk
Data diperoleh daripada kajian terhadap 5,889 kes COVID-19 yang dirawat di seluruh negara dari 1 Februari hingga 31 Mei 2020.

Pesakit buah pinggang dijangka meningkat sehingga 106,000 orang menjelang 2040 - Dr Noor Hisham
Bilangan pesakit buah pinggang di seluruh negara dijangka meningkat sehingga 106,000 orang menjelang tahun 2040.

Rawatan dialisis terjejas susulan gangguan bekalan air
Gangguan bekalan air yang sering berlaku di Lembah Klang bukan hanya membebankan malah ia boleh menjejaskan perkhidmatan kesihatan terutama kepada individu yang perlu menjalani rawatan dialisis.