awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Mengapa virus HIV sukar dihapuskan?
Bad Cop: Permulaan era drama Malaysia yang lebih berani - “Kita sentiasa berusaha memperkenalkan…”
Ketibaan penumpang di KL Sentral disambut meriah dengan tarian kebudayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ray Tomlinson, pencipta emel meninggal dunia

Nizam Bakeri
Nizam Bakeri
07/03/2016
08:59 MYT
Ray Tomlinson, pencipta emel meninggal dunia
Dalam temubual bersama NPR pada tahun 2009, Tomlinson berkata ide mencipta emel timbul apabila dia berfikir tentang masalah yang perlu diselesaikan oleh internet versi terawal, ARPANET - Foto AP
Lagenda dunia pengkomputeran, Ray Tomlinson, 74, meninggal dunia pada Sabtu akibat serangan jantung.
Tomlinson merupakan pengirim emel pertama di dunia ketika bertugas di Bolt, Beranek and Newman (BBN) pada sebuah syarikat yang berperanan penting membangunkan Internet versi terawal yang dikenali sebagai ARPANET pada tahun 1971.
Ciptaan Tomlinson iaitu arahan SNDMSG kepada komputer membenarkan mesej dihantar secara terus dari pengirim kepada penerima.
Sebelum itu, mesej elektronik hanya boleh dikongsi melalui rangkaian yang amat terhad.
Menghidupkan semula simbol '@'
Tomlinson juga masyhur sebagai individu yang bertanggungjawab menggunakan simbol ‘@’ dalam alamat e-mel yang memisahkan di antara nama pemilik akaun dan hos emel.
Menurut CNN, ketika ditanya mengapa simbol itu dipilih, Tomlinson berkata simbol tersebut jarang digunakan ketika itu maka sifatnya unik.
Simbol itu juga merujuk kepada kata sendi at (@) yang sesuai digunakan.
Ciptaan Tomlinson masih dianggap baru pada era 70-an sehinggalah komputer peribadi mula memasuki pasaran pada lewat 80-an dan awal 90-an.
Penggunaan emel mula meluas dan menurut kajian Radicati Group, sebanyak 3.9 bilion akaun emel wujud pada tahun 2013.
Pemergian Tomlinson dikenang dunia teknologi
Beberapa syarikat teknologi dan teman seangkatan turut memperingati jasa Tomlinson dengan kiriman di media sosial:
Thank you, Ray Tomlinson, for inventing email and putting the @ sign on the map. #RIP
— Gmail (@gmail) March 6, 2016
I worked with Ray Tomlinson at BBN. While known for the '@' in e-mail, he contributed much more than that. Sad news. https://t.co/HT2wWeLusr
— Mudge (@dotMudge) March 6, 2016
RIP Ray Tomlinson, creator of email, the most popular & perhaps revolutionary communications tool in human history. https://t.co/ASYyojC55S
— Andrew McLaughlin (@McAndrew) March 5, 2016
Dalam satu temuramah bersama NPR pada tahun 2009, Tomlinson ditanya tentang kandungan emel pertama di dunia. Jawabnya:
“Emel pertama itu tidak penting, jadi saya sudah lupa.”
Namun ciptaannya sudah pasti tidak akan dilupakan. Terima kasih, Ray.
Topic Berkaitan
#pencipta emel
#Ray Tomlinson
#Ray Tomlinson meninggal dunia
#siapa pencipta e-mel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan