awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh ibu tunggal di Sungai Dua
Brendan Gan pilih kekal di Australia
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raya tetap Selasa ikut metodologi saintifik

Norul Ridzuan Zakaria
Norul Ridzuan Zakaria
27/04/2022
03:29 MYT
Raya tetap Selasa ikut metodologi saintifik
Metodologi saintifik adalah pengesahan pengiraan melalui pemerhatian fizikal sepertimana yang disyaratkan dalam Islam. -Gambar fail/Bernama
ISU perbahasan penampakan anak bulan 1 Syawal setelah 29 atau 30 hari berpuasa adalah isu yang sentiasa berulang hampir setiap tahun dan tahun ini, ia berlaku lagi.
Berdasarkan pengiraan astronomi terkini, sememangnya anak bulan 1 Syawal semestinya kelihatan pada hari Isnin, 2 Mei 2022 pada waktu maghrib di ufuk barat.
Ini kerana, menurut pengiraan astronomi, anak bulan itu akan berada pada ketinggian 6 darjah pada pukul 7.27 malam di Semenanjung Malaysia, iaitu pada hari itu, matahari terbenam lebih awal dari bulan cukup lama membolehkan anak bulan berada cukup tinggi di atas ufuk.
Kedudukan anak bulan lebih tinggi dari 5 darjah semestinya membolehkan anak bulan itu kelihatan, kecualilah berlaku cuaca buruk atau pencemaran atmosfera sehingga menghalang penampakan anak bulan ketika itu.
Walaupun berdasarkan pengiraan astronomi ini memastikan penampakan anak bulan, Islam tetap mensyaratkan anak bulan ini semestinya dapat dilihat secara fizikal dengan bantuan peralatan optik seperti teleskop dan teodolit.
Inilah sebenarnya kehebatan dan keindahan ajaran Islam.
Metodologi saintifik adalah pengesahan pengiraan melalui pemerhatian fizikal sepertimana yang disyaratkan dalam Islam.
Metodologi saintifik ini dipraktikkan dalam semua bidang saintifik termasuk astronomi dan fizik nuklear dari evolusi makrobiologi sehinggalah fisiologi sel.
Dalam bidang fizik nuklear misalnya pengiraan kewujudan partikel baru hanya boleh disahkan dengan pemerhatian fizikal kewujudan partikel berkenaan.
Sebab itulah konsortium negara-negara maju membangunkan pemecut partikel seperti CERN (Pusat Penyelidikan Nuklear Eropah) bagi membolehkan pemerhatian fizikal membuktikan kebenaran pengiraan atau simulasi.
Maka mana-mana saintis astronomi yang berpegang semata-mata kepada metodologi pengiraan tanpa pembuktian melalui pemerhatian fizikal adalah bertentangan dengan metodologi saintifik, yang mensyaratkan pengiraan atau mesti disempurnakan dengan pemerhatian fizikal.
Inilah juga yang disyaratkan oleh Islam.
Oleh itu, kita sebagai orang Islam yang benar-benar memahami ajaran Islam mestilah menyerahkan keputusan penampakan anak bulan Syawal ini kepada pencerapan bukannya pengiraan anak bulan Syawal.
Dengan izin Allah, pencerapan itu akan membuktikan pengiraan tersebut.
Isu ini juga hendaklah ditangani secara positif. Sekurang-kurangnya kita dapat buktikan bahawa metodologi saintifik bukan sahaja tidak bertentangan dengan ajaran Islam, malah disyaratkan sepertimana pencerapan anak bulan Ramadan dan Syawal.

* Norul Ridzuan Zakaria ialah Koordinator Pusat Angkasa di Universiti Sultan Azlan Shah ** Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#anak bulan 1 Syawal
#saintis astronomi
#metodologi pengiraan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan