awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rayani Air: DCA hantar surat penggantungan operasi sementara esok - Liow

Dania Zainuddin
Dania Zainuddin
10/04/2016
02:52 MYT
Rayani Air: DCA hantar surat penggantungan operasi sementara esok - Liow
TIONG LAI: Saya sangat kecewa kerana Rayani Air tidak menyediakan perkhidmatan yang baik kepada rakyat.
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan menghantar surat penggantungan operasi sementara kepada syarikat penerbangan Rayani Air pada esok (Isnin)
Ia adalah susulan kegagalan Rayani Air memenuhi syarat DCA, selain bertindak menggantung perkhidmatan mereka tanpa membuat sebarang permohonan.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, mana-mana syarikat penerbangan tidak dibenarkan untuk menggantung perkhidmatan syarikat sendiri.
"Saya sangat kecewa dengan Rayani Air kerana tidak menyediakan perkhidmatan yang baik kepada rakyat.
"Mereka sudah diberi notis sebanyak dua kali, tetapi tetap gagal memenuhi syarat DCA," kata Liow selepas Majlis Sambutan Hari JPJ di sini, pada Ahad
Katanya, untuk menggantung perkhidmatan, syarikat penerbangan itu perlu memohon kepada DCA sekurang-kurang enam bulan sebelum tarikh penggantungan.
Sementara itu, turut hadir pada majlis itu adalah Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman, dan jelasnya, tindakan penggantungan sementara Rayani Air adalah di bawah peraturan 87 (1) Peraturan Penerbangan Awam Malaysia 1996.
Kata Azharuddin, ia adalah bagi pihak DCA melakukan audit bagi melihat syarat yang ditetapkan telah dipatuhi oleh Rayani Air dan jika tidak dipatuhi, DCA akan melaksanakan arahan susulan.
Ini juga peluang bagi Rayani Air untuk menjelaskan tindakan yang adil.
Terdahulu, syarikat penerbangan tambang murah patuh syariah pertama Malaysia itu memaklumkan tentang keputusan menggantung operasinya berkuat kuasa Jumaat bagi rancangan penstrukturan semula perkhidmatannya.
BACA: Batal penerbangan, penumpang Rayani Air luah perasaan marah di media sosial
Topic Berkaitan
#DCA
#Jabatan Penerbangan Awam
#Liow Tiong Lai
#penggantungan perkhidmatan Rayani Air
#Rayani Air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan