PUTRAJAYA: Pendengaran rayuan bekas Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnahnya terhadap Pengerusi DAP Lim Guan Eng ditetapkan semula pada 19 Mei tahun depan.
Felix Lim, seorang daripada peguam yang mewakili Lim, mengesahkan tarikh pendengaran baharu itu selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Syahliza Warnoh hari ini.
Pendengaran rayuan itu pada mulanya ditetapkan hari ini di hadapan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Lee Swee Seng, Datuk P. Ravinthran dan Datuk Hashim Hamzah tetapi telah ditangguhkan.
Hakim Lee memberitahu kedua-dua pihak bahawa panel itu masih belum berehat sejak prosiding bermula pada sebelah pagi.
"Kami perlu memohon maaf kepada anda semua. Kami masih belum rehat dan jam hampir 2 petang...dan berdasarkan anggaran hujahan kedua-dua pihak (memerlukan) satu jam dan (lebih banyak masa) untuk balasan," katanya.
"Kami fikir dalam keadaan ini, kami perlu menghantarnya kepada pengurusan kes untuk menjadualkan semula tarikh pendengaran baharu," kata Hakim Lee.
Ahli Parlimen Baling itu merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 11 Dis 2020 yang menolak samannya ke atas Guan Eng yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang berhubung pembinaan projek terowong dasar laut di negeri berkenaan.
Abdul Azeez telah memfailkan saman itu pada Mac 2018 yang mendakwa Guan Eng, bekas Menteri Kewangan, telah mengeluarkan kenyataan fitnah semasa sidang akhbar di pejabat Ketua Menteri pada 28 Feb 2018 dan semasa rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang pada hari sama yang mengaitkan beliau dengan pembayaran sebanyak RM3 juta sebagai yuran perundingan oleh pemaju projek terowong bawah laut.
Beliau meminta ganti rugi am dan teladan serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Pada prosiding hari ini yang dijalankan secara dalam talian, peguam Datuk Porres Royan dan Craig Ho mewakili Abdul Azeez manakala Lim diwakili Datuk N. Mureli dan Felix.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 30 2022
Abdul Azeez merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Dis 2020 yang menolak samannya ke atas Guan Eng berhubung pembinaan projek terowong dasar laut di negeri itu. - Gambar fail
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Lebih 400 kes difailkan di mahkamah terhadap kerajaan Sabah
Sebanyak 110 kes dimenangi oleh kerajaan negeri termasuk kes yang telah dibuang dan diketepi oleh mahkamah, manakala tiga kes lagi berkeputusan kalah.
Mendiang Sivasutan anak yang sangat baik, tidak tolak permintaan orang tua - Bapa
"Bukan sahaja jasad pergi... tetapi segala keseronokan, kebaikan dan kegembiraan dia bawa bersama."
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM | Pengedaran dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak, tahan dua lelaki
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Umat Islam perlu celik digital untuk tunai umrah
Forum Umrah dan Ziarah 2024, kali ini diadakan di Madinah menjadi platform penting bagi mengumpulkan semua pemain industri perkhidmatan
Panggilan ‘daddy’ di pengebumian wira Wan Rezaudeen Kamal buat orang ramai sebak
Antara yang turut mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham adalah Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin.
AWANI Tonight: Bridging gaps in AUKU for better student empowerment
Amendments to the Universities and University Colleges Act give students more autonomy in managing their associations’ finances. Rasydan Mohd Hassan, formerly of the National Student Consultative Council, explains what this means for student empowerment.
AWANI Tonight: UN Human Rights calls for independent investigation on Gaza mass graves
The UN Human Rights calls for an independent and transparent investigation into the mass graves found in and around hospitals in Gaza, including the Nasser Hospital.
Mahkamah Rayuan tangguh keputusan rayuan Azeez Rahim dalam saman terhadap Guan Eng
Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusan rayuan bekas Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berhubung saman fitnahnya terhadap Lim Guan Eng ke tarikh lain.
Rayuan Abdul Azeez kes saman fitnah terhadap Guan Eng didengar Mei 2023
Pendengaran rayuan Abdul Azeez terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnahnya terhadap Guan Eng ditetapkan semula pada 19 Mei tahun depan.
Dewan kecoh: Azeez dakwa cakap Tamil dengan gajah, Rayer anggap itu biadab, kurang ajar
Kerana enggan patuh pada arahan, Speaker arahkan RSN Rayer keluar dari Dewan selama 10 minit
Isu Tabung Haji kembali hangatkan Dewan Rakyat
Isu berkaitan pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) terus menjadi topik hangat diperdebat di Dewan Rakyat.
Abdul Azeez dakwa Mujahid terkhilaf dalam isu TH
Laporan audit yang disediakan PricewaterhouseCoopers menyatakan nilai liabiliti TH ialah RM74.4 bilion melebih nilai aset (RM70.3 bilion) adalah tidak tepat.
Azeez Rahim, Riza Aziz dipanggil SPRM
Kehadirannya dipercayai bagi memberi keterangan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa.
Tuntut maaf terbuka, Guan Eng diberi masa 4 hari
Datuk Seri Abdul Azeez Rahim memberi tempoh empat hari kepada Lim Guan Eng untuk memohon maaf secara terbuka kerana memfitnah dirinya.
Rombakan MT UMNO: Ahmad Maslan pegang portfolio Informasi, IT
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan rombakan beberapa portfolio Majlis Tertinggi UMNO.
Tragedi kren tumbang Mekah: TH belum terima laporan siasatan penuh
Tabung Haji belum menerima laporan hasil siasatan penuh tragedi kren runtuh di Masjidilharam, Mekah.
121 jemaah Malaysia terkandas di Madinah dibawa pulang
Sejumlah 121 jemaah Malaysia yang terkandas di Madinah sejak tujuh hari lepas setelah menunaikan umrah akan dibawa pulang esok.