awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rayuan bekas ADUN cabar undang-undang lompat parti P.Pinang didengar 8 Nov

Bernama
Bernama
05/05/2023
14:28 MYT
Rayuan bekas ADUN cabar undang-undang lompat parti P.Pinang didengar 8 Nov
(Dari kiri) Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya), Zolkifly Md Lazim (Teluk Bahang), Zulkfili Ibrahim (Sungai Acheh) dan Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam). - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 8 Nov depan untuk mendengar rayuan empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang (ADUN) bagi mencabar kesahan usul yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) agar mereka mengosongkan kerusi mereka.
Pengurusan kes bagi rayuan itu telah diadakan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Radzilawatee Abdul Rahman yang menetapkan tarikh pendengaran tersebut.
Ketika dihubungi Bernama, peguam A.Surendra Ananth yang mewakili DUN Pulau Pinang dan Speaker Datuk Law Choo Kiang mengesahkan perkara itu.
Bekas ADUN Sungai Acheh Zulkifli Ibrahim, bekas ADUN Seberang Jaya Dr Afif Bahardin, bekas ADUN Bertam Khaliq Mehtab Ishaq dan bekas ADUN Telok Bahang Zolkifly Md Lazim telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang menolak saman mereka pada 20 Jan lepas.
Mereka memfailkan saman pada 2020 untuk mencabar kesahan Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang dan untuk menghalang daripada kerusi mereka diisytiharkan kosong menurut Perkara 14A.
Pesuruhjaya Kehakiman Azizan Md Arshad memutuskan bahawa beliau terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengisytiharkan bahawa Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang adalah sah.
Perkara 14(A) Perlembagaan Pulau Pinang menyatakan bahawa seseorang ADUN hendaklah mengosongkan kerusinya jika telah dipilih sebagai calon parti politik, beliau meletak jawatan atau dipecat daripada parti atau telah dipilih sebagai calon parti politik telah menyertai parti politik lain.
Azizan juga memutuskan bahawa mahkamah tidak boleh memberikan injunksi terhadap DUN dan Speaker untuk menghalang mereka daripada membincangkan usul memohon ADUN mengosongkan kerus mereka semasa persidangan DUN.
Beliau berkata mahkamah tidak boleh campur tangan dan tidak mempunyai kuasa terhadap pengurusan dalaman DUN.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Rayuan
#undang-undang lompat parti
#bekas ADUN Pulau Pinang
#Dewan Undangan Negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan