awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Filipina sedia corak masa depan pelancongan serantau menjelang Kepengerusian ASEAN 2026
Syria lancar mata wang baharu pada 1 Jan - Gabenor Bank Pusat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rayuan kes SRC Najib masuk minggu kedua

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
13/04/2021
01:17 MYT
Rayuan kes SRC Najib masuk minggu kedua
Najib Tun Razak tiba di pekarangan Istana Kehakiman pada pukul 8.51 pagi. -Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd diteruskan jam 9 pagi ini.
Ahli Parlimen Pekan itu dilihat tiba di pekarangan Istana Kehakiman pada jam 8.51 pagi, diiringi peguam dan pembantu beliau.
Terdahulu, salah seorang pegawai beliau memaklumkan barisan pembeleaan akan memohon mahkamah untuk penggulungan hujah pembelaan kes kira-kira jam 1 petang ini.
Sejurus itu, satu sidang media dijangka diadakan.
Astro AWANI sedang berusaha mendapatkan kepastian sama ada sidang media itu akan turut dihadiri Najib atau hanya diberikan oleh barisan pembelaan yang diwakili peguamnya.
Dalam perbicaraan rayuan pada Isnin, Mahkamah Rayuan diberitahu bahawa Najib tidak tahu wang dalam akaun bank beliau dipindah masuk daripada SRC International Sdn Bhd.
BACA: Najib percaya duit dalam akaunnya datang dari Raja Arab Saudi, bukan SRC International - Peguam
Ini kerana bekas perdana menteri itu, pada sepanjang masa, percaya bahawa wang dalam akaun AmBank beliau merupakan baki daripada sumbangan keluarga diraja Arab Saudi.
Untuk rekod, pendengaran rayuan itu ditetapkan selama 12 hari iaitu pada 5 hingga 8 April, 12 hingga 15 April dan 19 hingga 22 April.
Rayuan bekas Presiden UMNO itu yang sepatutnya didengar pada 15 Februari lalu diganti dengan tarikh baharu berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Topic Berkaitan
#SRC International
#Najib Razak
#mahkamah
#Istana Kehakiman
#Pembelaan
#penggulungan
#Arab Saudi
#Jho Low
#Mahkamah Rayuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan